difinisi kepandaian dan kecerdikan...tima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepandaian bermaksud kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; manakala kecerdikan ialah 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. Terima kasih. | Istilah | 14.01.2009 |
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN? | Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu | Makna | 11.08.2007 |
Apakah perbezaan 'pembelajaran' dan 'pemelajaran'? Yang manakah betul penggunaannya untuk istilah 'pengajaran dan pembelajaran' yang dulunya digunakan. | Pembelajaran bermaksud proses memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), manakala pemelajaran bermaksud proses mengetahui sesuatu dengan mendalam. Kedua-dua kata terbitan tersebut betul namun penggunaannya bergantung pada maksud yang dikehendaki oleh penganjur. Jika penganjur menetapkan matlamat pembelajaran maka ungkapan "pengajaran dan pembelajaran" yang digunakan. | Makna | 25.12.2009 |
Apa itu maksud perkataan "ikhtisas" | Kamus Dewan menakrifkan ikhtisas sebagai: 1. untuk mata pencarian (berkenaan pekerjaan dan sebagainya), 2. berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus. | Makna | 20.05.2010 |
HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRAN | Penguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian. | Makna | 24.08.2007 |
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah | Saudara, Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. | Makna | 04.09.2010 |
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com | Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu. Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb). | Makna | 08.08.2009 |
apa maksud perkataan iktisas? | Saudara, Perkataan ikhtisas bermaksud utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.10.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini? | Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam pembinaan negara-bangsa terbilang. | Lain-lain | 23.02.2008 |
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan. | Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara. Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu. Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus. | Tatabahasa | 09.10.2012 |