| Adakah ayat berikut ini betul, 'membelanjakan atau membelanja' ? Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Apakah perbezaan penggunaan perkataan tersebut, -kan atau tiada perkataan -kan? | Ayat yang betul ialah Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Perkataan "membelanjakan" ialah kata kerja transitif, oleh itu perlu diberi imbuhan "-kan". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tajuk akhiran kata kerja, halaman 183. | Tatabahasa | 02.06.2009 |
| Saya ingin bertanyakaan tentang terjemahan "overclock". Dalam laras pengkomputeran, overclock membawa maksud meningkatkan kepantasan sesuatu cip pemproses dengan mempertingkat voltan yang dipam masuk ke cip. Contoh ayat: Asus ROG is powered by an overclocked Snapdragon 845 CPU. Cadangan terjemahan: Asus ROG diperkasa sebuah cip Snapdragon 845 yang telah digalak | Asus ROG diperkasa oleh sebuah cip Snapdragon 845 yang telah dipertingkat sistemnya. | Makna | 11.10.2018 |
| Ini buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2, muka surat. Saya amat keliru dengan soalan di sini. Apakah jawapan yang sepatutnya bagi soalan 1 dan 3 ? Rasanya soalan 3 amat pelik. | Salam sejahtera, Bersama-sama ini dilampirkan maklum balas jawapan bagi Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2 Selain teks, gambar juga memainkan peranan sebagai klu jawapan bagi aktiviti ini. 1. pantas seperti kilat (menggambarkan kepantasan Wira Angkasa) 2. kurus seperti lidi (menggambarkan kekurusan pemuda tersebut) 3. gagah seperti gergasi (menggambarkan kegagahan kumpulan pemuda tersebut) 4. tinggi seperti galah (menggambarkan ketinggian murid-murid yang bermain bola kerajang) Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.10.2021 |