Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'? | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas. | Makna | 06.02.2019 |
inginkan kepastian berkenaan kata kerja dan kata adjektif. contohnya kata 'sayang' tergolong dalam kata adjektif, namun kata 'menyayangi' pula tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja? sebabnya apa yang saya faham menyayangi seperti perbuatan untuk sayang akan sesuatu. contoh lain kata dukacita ialah kata adjektif tetapi apabila berdukacita pula menjadi kata kerja. oleh itu saya sedikit keliru, mohon pencerahan daripada pihak tuan, terima kasih. | Untuk makluman puan, apabila kata adjektif menerima imbuhan, fungsi kata tersebut akan berubah mengikut konteks makna. Untuk keterangan lanjut tentang kata kerja sila rujuk Buku tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 15.08.2017 |
Memohon kepastian susunan perkataan Menurut Kamus Dewan, ejaannya terpisah bagi perkataan `temu bual’, `temu ramah’ dan `temu duga’. Apakah untuk `temu janji’ boleh menggunakan formula yang sama ataupun sesetengahnya ditulis sebagai `janji temu’. Sebenarnya, gaya tulisan manakah yang betul dan apa alasannya jika digunakan juga `janji temu’ yang kedengaran janggal. Terima kasih. | Selamat ptg: Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Sekain, terima kasih | Tatabahasa | 10.11.2016 |
1. Kepastian tentang penggunaan 'hamba' dan 'tuan hamba'. Adakah kedua-duanya hanya digunakan pada zaman dahulu? | Tuan hamba dan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Dalam penggunaan bahasa Melayu standard istilah ini tidak boleh digunakan. | Tatabahasa | 28.01.2016 |
Inginkan kepastian bagi pangkal perkataan "bin" dan "binti" pada nama orang, sama ada huruf besar (B) atau huruf kecil (b) . Terima kasih | Ejaan yang betul ialah bin, Ali bin Ahmad. | Ejaan | 03.06.2015 |
Inginkan kepastian yang mana lebih tepat. Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak. A di B pada | Ayat "Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak." Jawapan yang sesuai untuk soalan ini ialah "pada". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Meminta kepastian penggunaan frasa "teramat cantik sekali" betul atau salah kerana frasa ini terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244, penggunaan darjah penghabisan ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah adalah betul. Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Mohon pihak puan, nyatakan tajuk buku teks dan tahun terbitan serta muka surat buku tersebut untuk penyemakan kami.
| Tatabahasa | 04.12.2014 |
Mohon kepastian pada dua ayat berikut;"Di antara saya dan ali, saya lebih baik". "Di antara saya dengan ali, saya lebih baik". Mana satu yang betul? | Ayat yang betul ialah Antara saya dengan Ali, saya lebih baik. | Tatabahasa | 08.09.2014 |
mohon kepastian ejaan dan perbendaharaan kata: 1. apakah ejaan yang betul untuk ibubapa atau ibu bapa? 2. mana ejaan yang sesuai "dikalangan remaja" atau "dalam kalangan remaja"?. contoh ayat: masalah jenaya dikalangan remaja atau dalam kalangan remaja masa kini semakin membimbangkan. 3. adakah penggunaan perkataan "kebagusan" dalam ayat berikut sesuai?. semakin ramai guru maka semakin baik tahap kebagusan perhatian terhadap pembelajaran pelajar. mohon cadangkan ayat yang lebih baik. terima kasih untuk bantuan tuan. | 1. Ejaan yang betul ialah ibu bapa. 2. Frasa yang betul ialah dalam kalangan remaja. 3. Pada pandangan kami, perkataan kebagusan perlu digugurkan dalam ayat tersebut menjadi "semakin ramai guru maka semakin baik tahap perhatian terhadap pembelajaran pelajar". | Tatabahasa | 11.04.2014 |
Perlukan kepastian sama ada penggunaan "adalah" atau "ialah" yang tepat untuk ayat ini: Mereka ...... ejen-ejen bertauliah. Terima kasih. | Ayat yang betul, "Mereka" ialah ejen yang bertauliah. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Warna baju yang dipakainya adalah merah dan Majlis diadakan adalah untuk meraikan kejayaannya. | Tatabahasa | 09.04.2014 |