Salam. Mohon pencerahan cara mengguna perkataan sebab dan akibat. Adakah betul ayat di bawah: 1. Kepatuhan pelancong terhadap garis panduan berkhemah disebabkan oleh kesedaran alam sekitar yang tinggi. 2. Pembaziran air mengakibatkan kos operasi semakin meningkat. | Waalaikumsalam. Ayat 1 dan 2 adalah betul. | Tatabahasa | 27.04.2015 |
Mohon tuan/puan untuk menterjemahkan jabatan-jabatan di bawah dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia: 1.Property & Project Management 2. Compliance 3. Business Support Maklumbalas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih Pertanyaan ini telah diajukan kepada Siti Zubaidah Binti Zainal Abidin pada hari Rabu 21 Ogos 2013 Jam 3:53 petang | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Property & Project Management - Pengurusan Harta dan Projek 2. Compliance - Kepatuhan 3. Business Support - Sokongan Perniagaan | Istilah | 26.08.2013 |
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga... | Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah: i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon; ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut; iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya. | Lain-lain | 30.04.2008 |