Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.na.tan] | کڤنتن

Definisi : 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pe.na.tan] | کڤنتن

Definisi : 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjelepok kepenatan di atas kerusi. terkedang kepenatan di atas kerusi. yang manakah betul? terima kasih.Terjelepok bermaksud jatuh terduduk, manakala terkedang bermaksud terbaring mengunjur. Berdasarkan makna yang tersebut, ayat "terkedang kepenatan di atas kerusi" yang paling tepat.Tatabahasa24.08.2011
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Dia menggosok baju dia. 2. Dia menggosok bajunya. 3. Siti kepenatan, jadi dia berehat. 4. Ibu menasihati Ali supaya jangan menggunakan telefon terlalu lama. 5. Kamal berasa takut untuk menerima kertas ujiannya.Untuk ayat 1 dan 2, ayat 2 betul, manakala ayat 1 salah.

Ayat 3, 4 dan 5 betul.
Tatabahasa24.08.2021

Kembali ke atas