Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.maian] | کڤرماين

Definisi : perihal permai, keindahan, ke­cantikan, keelokan: pengarang gemar melukiskan kecantikan seorang puteri atau sebuah ~ istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.maian] | کڤرماين

Definisi : keadaan permai; keindahan; keelokan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permai (adjektif)
Bersinonim dengan indah, cantik, elok, baik, bagus, rapi;,
Kata Terbitan : kepermaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata adjektif permai boleh ditambah imbuhan -kan

Kata adjektif terbitan terdiri daripada satu kata dasar yang terbentuk dengan imbuhan seperti awalan, apitan dan sisipan. Perkataan permai tidak menerima imbuhan –kan sebagai kata terbitan, sebaliknya menerima imbuhan awalan dan apitan dengan membentuk perkataan seperti terpermai, sepermai dan kepermaian.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 235-239 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1692.

Tatabahasa04.05.2025

Kembali ke atas