Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.wi.ra.an] | کڤرويراءن

Definisi : 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.wi.ra.an] | کڤرويراءن

Definisi : sifat-sifat perwira; kepahlawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keperwiraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah anda terangkan maksud epik melayu dan epik hindu?

Epik ialah karya sastera dan karya-karya lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik/mengangkat keperwiraan wiranya. Epik Melayu memaparkan kepahlawanan wira Melayu seperti hikayat Hang Tuah, manakala epik Hindu berlatarkan cerita keperwiraan wira hindu seperti Hikayat Seri Rama.

Sastera20.01.2011
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ?Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic).  Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya.  Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic).  Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang.  Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap.  Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang.  Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi.  Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri  epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut:

1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan    diangkat menjadi tokoh legenda

2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh  pengarangnya pada masa itu.  Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan.

3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa  keistimewaan termasuk ilmu sakti

4)Ilmu Sakti Pembantu Wira

5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan  sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. 

Lain-lain21.04.2008

Kembali ke atas