Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keping;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong beri jawapan tang betul: keping papan atau batang papan TerimakasihJawapan, keping papan. Alasannya ialah bentuk papan yang berkeping-keping. Contoh: Sekeping papan lapis. Lihat juga buku penjodoh bilangan yang terdapat di pasaran. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
sepuluh keping atau helai setem?Sepuluh keping setem.Tatabahasa14.11.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi piza (yang belum dipotong)? Saya ingin membuat ayat seperti berikut.. _________ piza dipotong kepada beberapa keping. Saya akan menggunakan penjodoh bilangan "keping" untuk piza yang sudah dipotong. Terima kasih.

Saudari,

Untuk makluman, tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Bagi soalan yang dikemukakan memadai jika saudari menggunakan ayat seperti yang berikut. 'Piza dipotong kepada beberapa keping.'

Tatabahasa09.10.2012
Apakah penjodoh bilangan yang betul bagi setem? Adakah helai atau keping? Saya ada melihat di Pos Malaysia yang menggunakan helai tapi ada juga yang menggunakan keping. Harap diperjelaskan. Terima Kasih....

Penjodoh bilangan yang betul ialah "sekeping setem".

Tatabahasa16.06.2011
selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun)Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan.Tatabahasa01.02.2012
Penggunaan penjodoh bilangan bagi 'kertas', lebih tepat menggunakan helai atau keping? 'Jalan' lebih sesuai buah atau batang? Terima KasihYang tepat ialah dua helai kertas. Dua batang jalan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa05.08.2010
Assalamualaikum, Saya ingin penjelasan berhubung penjodoh bilangan untuk wang kertas, sama ada keping atau helai. Terima kasih. Daripada: Pn. Noorhayati.Penjodoh bilangan yang betul ialah sekeping wang kertas.Tatabahasa22.05.2012
a)apakah penjodoh bilangan bagi kuih lapis? b)apa pula penjodoh bilangan bagi petai? papan atau keping? c)adakah PATIK hanya digunakan apabila kita bertutur dengan raja-raja shj?ataupun digunapakai untuk semua kerabat d raja?

1. sepotong kuih lapis

2. sepapan petai 

3. Merujuk Kamus PATIK ialah bahasa diraja, kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja, dan raja di sini tidak dikhususkan kepada raja (bermakna termasuklah kerabatnya) sahaja tetapi lazimnya contoh penggunaannya apabila ada patik maka adalah perkataan Tuanku (raja).

Tatabahasa17.05.2010
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
123

Kembali ke atas