Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TALI LEHER...Apakah istilah yang digunakan contoh...1 helai tali leher 1 keping tali leheri atau 1 set tali leher Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan helai yang merujuk kepada penjodoh bilangan bermaksud barang yang tipis (seperti daun, rambut, kertas dan lain-lain). Berdasarkan tiga pilihan yang diberikan, penjodoh bilangan yang paling hampir ialah “sehelai tali leher”, “satu helai tali leher” atau memadai jika digunakan “satu tali leher” sahaja.

Tatabahasa07.11.2019
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk fail? 2) Bagaimanakah cara untuk mencari kategori penjodoh bilangan di dalam laman web ini? Adakah ia termasuk dalam tatabahasa?

1. Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Kebiasaannya bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan, seperti sekeping fail. 

2. Saudara boleh merujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my dan merujuk pada kata yang boleh menjadi penjodoh bilangan seperti buah, keping, biji, pucuk dan utas.

Tatabahasa17.03.2011
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik OngJawapan yang betul ialah "mengirimi".Tatabahasa07.11.2018
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009
Puan, Sila jelaskan jawapan yang berikut :- 1) Abang mengerat beberapa ______ tebu. A. ikat B. ruas C. kerat 2) Ibu menggunakan beberapa _____ kunyit untuk menggulai ikan. A. biji B. kaki C. keping D. batang Terima kasih.1) Abang mengerat beberapa ruas tebu. 
2) Ibu menggunakan beberapa kaki kunyit untuk menggulai ikan.
Tatabahasa06.09.2013
1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih.
1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping.
2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah.
3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah.
Tatabahasa10.10.2017
a)apakah penjodoh bilangan bagi kuih lapis? b)apa pula penjodoh bilangan bagi petai? papan atau keping? c)adakah PATIK hanya digunakan apabila kita bertutur dengan raja-raja shj?ataupun digunapakai untuk semua kerabat d raja?

1. sepotong kuih lapis

2. sepapan petai 

3. Merujuk Kamus PATIK ialah bahasa diraja, kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja, dan raja di sini tidak dikhususkan kepada raja (bermakna termasuklah kerabatnya) sahaja tetapi lazimnya contoh penggunaannya apabila ada patik maka adalah perkataan Tuanku (raja).

Tatabahasa17.05.2010
1)Istilah manakah yang sesuai untuk serpihan kaca?:- a) bertaburan b)berhamburan c) berserak-serakan 2) Apakah penjodoh bilangan untuk satu buku kupon/tiket? a) sebuku b) senashkah 3) Manakah antara berikut yang betul penggunaannya? a) membeli banyak hadiah b) banyak membeli hadiah1. bertaburan atau berserakan. 2. keping. 3. membeli banyak hadiah.Tatabahasa08.10.2009
12

Kembali ke atas