Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |
Selamat petang. Saya Cikgu Yew dari SJKC Desa Jaya , Kepong. Saya menghadapi masalah dari segi tatabahasa. 1. sekumpulan kunang-kunang. Adakah penjodoh bilangan ini betul? Dalam Kamus Dewan ada tertulis "sekumpulan semut". Adakah "kumpulan" merujuk kepada haiwan kecil seperti serangga ? 2. berlari tunggang-langgang ketika dikejar anjing. Adakah kata ganda berentak ini salah? Saya sudah rujuki Kamus Dewan, jawapannya betul. Namun, guru-guru BM di sekolah saya kata tak sesuai. | 1. Kumpulan bukan penjodoh bilangan, sebaliknya unit untuk dirangkaikan dengan kata nama yang sesuai dengan maksudnya. 2. Perkataan "tunggang-langgang" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2016 |
Salam sejahtera. Saya En. Yew yang mengajar di SJKC Desa Jaya, Kepong, Selangor. Saya menghadapi masalah dalam pembelajaran Kata Pembenar, iaitu ya, benar dan betul. Bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan ketiga-tiga jenis Kata Pembenar ini? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan makna kamus, tidak ada perbezaan bagi maksud perkataan ya, benar dan betul, maka penggunaannya boleh bertukar ganti dalam ayat. Contohnya: (a) Ya, itulah orangnya. (b) Benar, itulah orangnya. (c) Betul, itulah orangnya. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Salam sejahtera. Saya Cikgu Yew yang mengajar di SJKC Desa Jaya, Kepong, Selangor. Untuk makluman, saya hadapi masalah dari segi Kata Pembenar. Bagaimanakah saya hendak bezakan cara penggunaan ya, banar atau betul? Saya sudah bertanya kepada guru-guru di sekolah tetapi tidak sesiapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Sekian, terima kasih. | Buku tatabahasa tidak mengkhususkan penggunaan kata pembenar. Kamus Dewan pula memberi tarifan yang sama bagi benar dan betul. Oleh yang demikian, kami berpandangan kedua-dua kata pembenar boleh bersilih ganti penggunaannya. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
Mohon nasihat nama yang sesuai untuk dipanggil struktur tersebut. Lokasi struktur tersebut - Ikonik FRIM di pintu masuk FRIM Kepong - Ikonik Panda di hadapan pindu masuk Pusat Konservertiori Panda | Kami berpendapat bahawa pengguna 'Ikonik Panda' dan 'Ikonik FRIM' tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada struktur tiang yang tersebut. seperti yang puan sedia maklum, 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran) memang tiada kena mengena dengan struktur yang didirikan. Sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu, bata marmar, dll; jika puan ingin nama yang lebih panjang, 'tunggu peringatan' juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Saya rasa salah satu halangan dalam pembelajaran bahasa Melayu bagi penutur bukan asli ada pada kata kerja. Kata kerja tidak seperti kata nama boleh merujuk kepada satu objek yang boleh nampak. Semasa saya berada di sekolah menengah dahulu, saya baca novel bukit kepong. Pada masa itulah saya sedar betapa rumitnya nak memahai kata kerja secara terperinci. Saya pernah mencadangkan buat satu kamus kata kerja kepada bos saya. Tetapi selepas saya mencadangkan benda ini barulah saya sedar betapa bodohnya cadangan saya itu. Bagaimanakah sebuah kamus yang hanya dimasukkan kata kerja berfungsi? Tetapi saya masih harap ada kajian terhadap bidang ini(kata kerja) dilakukan. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata kerja ditakrifkan sebagai perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Sebagai orang awam terutamanya yang tidak ada asas linguistik agak sukar untuk memahami tafsiran sedemikian. Semoga buku Tatabahasa Dewan, edisi pelajar yang bakal terbit dapat membantu kita mempelajari dan lebih memahami bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.07.2012 |
Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih. | Kata penguat yang tepat ialah "sungguh". "Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis. | Tatabahasa | 15.07.2013 |