"Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberi pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih." Soalan :Ayat ini perlu ditambahkan satu perkataan 'oleh' di depan 'pihak tuan' kah? Didahului dengan ucapan terima kasih atas penjelasan soalan tersebut. | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
EJAAN YANG BETUL (keperihatinan) ATAU (keprihatinan). SEKIAN, TERIMA KASIH | Ejaan yang betul ialah keprihatinan. Sila rujuk PRPM atau kamus terbitan DBP yang terkini untuk maklumat ejaan dan makna sesuatu kata dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 08.02.2024 |
Salam sejahtera. Saya pernah mengajukan pertanyaan terjemahan istilah seperti berikut dan padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah 'organisational mindfulness' - keprihatinan organisasi dan 'organisational awareness' - kesedaran organisasi. Namun, saya rasakan keprihatinan masih kurang menepati maksud 'mindfulness'. Oleh itu, saya ingin mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mindfulness' iaitu 'ketarasedar'. Mohon pencerahan. | Untuk istilah ketarasedar masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Terjemahan yang sesuai bagi mindfulness ialah keprihatinan yang digunakan dalam bidang psikologi. Setiap terjemahan merujuk kepada konsep dan bidang. Sekiranya puan/tuan mempunyai istilah yang ingin dicadangkan. Tuan/puan boleh melayari laman web kami melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ | Istilah | 14.12.2016 |
Selamat petang. Saya ingin bertanya adakah frasa memupuk semangat keprihatinan dapat digantikan dengan menggalakkan semangat mengambil berat? Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan memupuk? Terima kasih. | Frasa "menggalakkan semangat mengambil berat" betul dan mempunyai maksud yang sama dengan frasa "memupuk semangat keprihatinan." | Tatabahasa | 29.07.2022 |
ujia | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. | Lain-lain | 29.07.2017 |
Saya ingin bertanya adakah frasa memupuk semangat keprihatinan dapat digantikan dengan melahirkan/mengamalkan semangat mengambil berat? Terima kasih | Frasa "melahirkan/mengamalkan semangat mengambil berat" betul dan boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang bersesuaian. | Lain-lain | 29.07.2022 |
pencemaran bahasa melayu? | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan/puan terhadap isu bahasa Melayu. Ya, terdapat penggunaan bahasa rojak dalam lampiran yang disertakan. Pihak kami menyediakan perkhidmatan "Pantau Tegur Bahasa" untuk menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu secara talian kepada DBP. | Lain-lain | 30.04.2013 |
salam sejahtera. penjodoh bilangan bagi "jarum" ialah ? terima kasih atas keprihatinan tuan/puan menjawab soalan saya. | Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Assalamualaikum wbt , Boleh kah penggunaan kata " atas " diterima spt dlm ayat berikut ? Atas keprihatinan dan kesudian tuan/puan .......... | Wassalam tuan/puan, penggunaan atas kerjasama, atas prihatin dan lain-lain boleh digunakan. Frasa yang tidak betul ialah "di atas" kerjasama atau padanan yang lain. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
نوريمه طالب WED 2 Disember 2015 5:24PM Selamat Sejahtera, Tuan, Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan tentang perkara tersebut. Kami akan panjangkan aduan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan meminta mereka ubah iklan tersebut. Sekian, terima kasih. Terima kasih | Sama-sama. | Lain-lain | 02.12.2015 |