kepuasan | Soalan anda tidak jelas. | Lain-lain | 12.06.2010 |
MAKNA PERSEPSI KEPUASAN PENGGUNA | Persepsi Kepuasan Pengguna bermaksud tanggapan/pandangan mengenai kehendak pengguna terhadap sesuatu perkhidmatan, barangan dll yang memenuhi citarasapengguna. | Makna | 16.02.2010 |
saya ingin membuat Pengesahan penggunaan bahasa iklan iaitu " Hidangan Supreme untuk Kepuasan Maksimum" untuk diiklankan kepada umum. | Kami cadangkan: Hidangan Utama untuk Kepuasan Maksimum atau Hidangan Istimewa untuk Kepuasan Maksimum. | Lain-lain | 30.04.2012 |
Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat dan betul? Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap Pasaraya X Kepuasan dan kesetiaan pelanggan kepada Pasaraya X | Ayat yang lebih tepat dan betul ialah Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap pasar raya x. | Tatabahasa | 16.05.2018 |
makna kepuasan hati | Menurut Kamus Dewan maksud berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; Sdr juga boleh mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP. | Lain-lain | 04.03.2008 |
apakah maksud kepuasan hati | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 08.03.2010 |
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. Arif | Waalaikumussalam... Cadangan terjemahan yang sesuai bagi: i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder v. Burnout ialah Terbakar vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan | Makna | 05.12.2017 |
Definisi untuk Kepuasan Pelanggan berdasarkan bidang komunikasi dan pengajian media. | Maklumat yang diperlukan perlulah merujuk buku berkaitan dengan media dan komunikasi. Secara literal kepuasan pelanggan bermaksud keadaan puas dalam kalangan orang, syarikat dan sebagainya yang mendapatkan perkhidmatan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang lain. | Makna | 10.04.2014 |
Ahli J/Kuasa sedang menyediakan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Melalui Kaunter dan Taklimat. Mohon pandangan pihak DBP ayat yang lebih tepat untuk skala tahap kepuasan pelanggan untuk menggantikan yang asal: 1. Amat Tidak Memuaskan 2. Tidak Memuaskan 3. Sederhana Memuaskan 4. Memuaskan 5. Amat Memuaskan Tukar kepada: a) 1. Kurang Memuaskan 2. Memuaskan 3. Baik 4. Sangat Baik 5. Cemerlang b) 1. Tidak Memuaskan 2. Kurang Memuaskan 3. Memuaskan 4. Amat Memuaskan 5. Cemerlang atau pihak DBP ada cadangan yang lebih baik. Kerjasama pihak DBP amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih | Pada pandangan kami, penggunaan kata yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Kurang Memuaskan 2. Memuaskan 3. Baik 4. Sangat Baik 5. Cemerlang | Tatabahasa | 14.12.2015 |
Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronakan jika hasil tulisan mereka dihargai oleh masyarakat. Tuan saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan dalam ayat ini?Bolehkah Tuan menerangkan kenapa imbuhan sudah silap. | Penggunaan imbuhan dalam contoh tersebut ayat betul. "Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka dihargai oleh masyarakat." | Tatabahasa | 08.01.2021 |