Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.jian] | کڤوجين

Definisi : 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.jian] | کڤوجين

Definisi : taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepujian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas?Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
apakah bidang perkerjaan yang boleh dimohon sekiranya mempunyai kelulusan: - diploma sains -Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Molekular) (Kepujian) -Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin) adakah terdapat permohonan untuk masuk dalam bidang perguruan sekiranya menggunakan kelayakkan diloma sains?Dengan kelulusan tersebut, anda boleh memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa atau Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP.Untuk kursus perguruan, anda boleh merujuk iklan yang berkenaan.Lain-lain19.08.2007
Penggunaan kata sendi nama dari/daripada yang manakah betul dalam ayat berikut: Mohd Akmal merupakan Pegawai Penyelidik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari/daripada Universiti Malaya. Penggunaan kata sendi nama dari atau daripada dalam konteks ayat tersebut yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian daripada Universiti Malaya". Tatabahasa22.11.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Peradaban) serta mempunyai pengalaman menjadi pensyarah Bahasa Kebangsaan di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Saya ada memohon jawatan Perancang Bahasa S41 di DBP melalui Portal SPA. Adakah pihak DBP ada mengenakan syarat pengkhususan bidang pengajian untuk memohon jawatan tersebut di atas? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Tuan,
Untuk pertanyaan lanjut berhubung syarat permohonan, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479673.
Lain-lain08.12.2014
Assalamualaikum tuan/puan, saya daripada jurusan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) Dengan Kepujian dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), saya ingin menanyakan satu perkara. Adakah diterima untuk memohon latihan industri/praktikal di Dewan Bahasa dan Pustaka?Waalaikumussalam. Tuan/puan boleh menghantar surat permohonan berserta resume kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain12.01.2017
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan.

Encik Zulkarnain

Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut.

Lain-lain23.07.2010
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tuan, Saya ingin mengetahui cara penulisan singkatan yang betul bagi : 1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian 2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara Dan Penyejukbekuan) Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, tiada singkatan untuk merujuk nama kursus atau program yang ditawarkan di universiti. 


Lain-lain18.12.2023
nak tanya maksud perkataan berikut 1. merit 2. mangkin 3. malim 4.maya 5.mapan sekian terima kasih1. Merit ialah sifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan.2. Mangkin bermaksud faktor yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan.  3. Malim ialah orang yang alim.   4. Maya ialah sesuatu yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada.  5. Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau sudah diterima umum.Makna13.02.2009
Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan.

Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat  tentang kata mesti dan pasti. Namun   demikian, dalam   penggunaan   masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti  bererti "tentu" dan  tergolong dalam  kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah:

  1.  Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
  2.  Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
  3.  Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang­-kurangnya dengan kepujian.
  4.  Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.

(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".)

Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut:

  1.  Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
  2.  Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
  3.  Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau  royalti.
  4.  Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.

 (Semua ayat  di atas menekankan  makna  "tentu")

 

 

Tatabahasa13.11.2020

Kembali ke atas