Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Ayat manakah yang betul: 1. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1? 2. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1? 3. Keputusan eksperimen selepas emapt hari direkod di Jadual 1? | Ayat Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1 dan Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1 betul. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
Keputusan kami untuk mengadakan lawatan ke Melaka dipersetujui oleh pengetua sekolah. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TQ | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
bolehkan perkataan memberangsangkan diguna dalam menyatakan perihal keputusan peperiksaan. Contoh; Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia gagal memasuki pusat pengajian tinggi | Memberangsangkan bermaksud membangkitkan keberanian (semangat, dll) atau membangkitkan kemarahan. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam contoh ayat yang diberikan, kata 'memberangsangkan' boleh digunakan dengan maksud membangkitkan semangat atau kemajuan yang menggembirakan. Lebih baik kata 'memberangsangkan' dalam ayat ini diganti dengan kata lain seperti keputusan tidak baik, tidak memuaskan, tidak cemerlang, dll. Sila rujuk kamus untuk penjelasan lanjut. | Makna | 10.08.2008 |
Assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai keputusan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks KRRS thn 2. saya telah menghantar bahan bab contoh dan sedang menanti keputusan samada berjaya atau gagal. Bila boleh saya mengetahui keputusannya? atau adakah keputusan telah dibuat dan saya gagal ? terima kasih Dr Sakhilah | Keputusan pemilihan panel penulis bab contoh buku teks KSSR Tahun 2 masih belum ada. Sdr akan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan tersebut nanti. | Lain-lain | 11.08.2010 |
Adakah sesuai istilah "Keputusan Partisipatif" digunakan untuk merujuk kepada penyertaan dalam membuat keputusan dalam sesebuah organisasi. Dalam bahasa Inggeris istilah ini merujuk kepada "participative decision making" "Decisional participation" dan "participation in decision making" | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "partisipatif" dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "participative" ialah serta sama. Istilah bahasa Melayu untuk "participation" pula ialah penyertaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. participative decision making - pembuatan keputusan serta sama 2. participation in decision making - penyertaan dalam pembuatan keputusan Istilah yang dicadangkan untuk "keputusan partisipatif" ialah keputusan serta sama. | Istilah | 07.03.2013 |
Ayat manakah yang betul dan mengapa? A) Saya telah membuat keputusan.... B) Saya telah berbuat keputusan.... | Encik Shuit, Ayat yang betul dan biasa digunakan ialah " Saya telah membuat keputusan". | Tatabahasa | 20.12.2010 |
Kita dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bolehkah "...dapat mendapat..." guna dalam ayat yang sama? | Ayat yang betul ialah “Kita mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan” dan lebih baku daripada “Kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan”. Tidak ada penggunaan ...dapat mendapat... secara serentak. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
Sebagai makluman, ekoran dari keputusan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat adalah dipertanggongjawabkan didalam menyediakan kertas cadangan tersebut. | Sebagai makluman, susulan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kertas cadangan tersebut. | Tatabahasa | 02.06.2015 |
Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah bekas menteri kabinet itu dimakamkan di Makam Pahlawan Adakah ayat ini betul? | Penggunaan perkataan 'dimakamkan' hanya digunakan untuk orang yang dihormati seperti para nabi, para wali dan keluarga diraja. Menerusi penggunaan ayat di atas penggunakan perkataan 'dimakamkan' tidak sesuai bahkan terdapat perkataan yang lebih tepat iaitu 'dikebumikan' | Tatabahasa | 02.09.2012 |