Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rah] | کره

Definisi : kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung; berkerah sl = mengerahkan; maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; mengerahkan 1. memanggil orang berkum­pul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat ten­tera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti di­usahakan bersama-sama (dgn bergotong­royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll; pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati; pengerah 1. orang yg mengerah(kan), juru­kerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghim­punkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rah] | کره

Definisi : IB leher baju (yg keras), nia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rah] | کره

Definisi : ; kerja ~ kerja wajib yg dibuat utk pemerintah dsb (spt membaiki jalan) dgn tidak mendapat upah. mengerahkan memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. kerahan pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. pengerahan perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. pengerah 1 orang yg mengerahkan. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk mengerahkan: gong ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerah (kata kerja)
Bersinonim dengan kerja raja, kerja wajib, rodi, arah, desak, gesa, paksa, perintah, suruh, tekan, tindas;,
Kata Terbitan : mengerahkan, kerahan, pengerahan, pengerah,

Puisi
 

Sehari-hari memungut kerah,
     Dipungut oleh dara teruna;
Manakan hati tidak resah,
     Ada kekasih entah di mana.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mencari maksud dan penggunaan perkataan DEPLOYMENT. Saya mohon bantuan TuanMaksud "deployment" ialah kerah tugas atau mengatur kedudukan. Dalam bidang Sejarah, ia bermaksud perihal menentukan kedudukan yang teratur dengan cara yang lebih strategik bagi anggota tentera dan kapal perang sewaktu pertempuran di medan perang.Makna13.05.2009

Kembali ke atas