Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat?1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung.

3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.

Tatabahasa22.10.2015
adakah huruf "k" dalam Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Byzantine, Kerajaan Siam, Kerajaan Melaka, Kerajaan Srivijaya perlu dibesarkan? mohon penjelasan, terima kasihKerajaan perlu dieja dengan huruf kecil kerana kerana tergolong dalam kata nama am, walaupun diikuti dengan kata nama khas.Ejaan02.12.2016
Penggunaan penanda wacana: 1. hal ini demikian kerana / 2. hal ini kerana / 3. hal ini demikian Yang mana satu penggunaan yang betul? terima kasih.
Selamat petang:
"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana"atau "hal ini demikian"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.09.2016
Air Sungai Dong itu menjadi cetek kerana musim kemarau yang berpanjangan. (kerana, apabila)Betulkah penggunaan kerana di dalam ayat tersebut?Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul.Tatabahasa11.05.2020
Ali tidak hadir ke sekolah kerana demam panas. Bolehkah ayat di atas ditukar kepada susunan songsang seperti berikut? Kerana demam panas Ali tidak ke sekolah. Sekiranya jawapan tersebut salah, nyatakan alasannya.Ayat songsang tersebut tidak tepat disebabkan perkataan "Kerana" tidak boleh digunakan dipermulaan ayat. Hal ini disebabkan kerana merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan. Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya "kerana" digunakan di tengah-tengah ayat bagi menerangkan klausa utama. Ayat songsang yang tepat bagi ayat tersebut:

1. Tidak hadir Ali ke sekolah kerana demam panas.
2. Tidak hadir ke sekolah kerana demam panas Ali. 
Tatabahasa19.06.2016
1. Cik Aminah tidak akan balik kerana dia tidak menyiapkan kerjanya. 2. Ayah akan meminta bantuan rakannya kerana ayah tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Adakah penggunaan kata hubung kerana betul dalam kedua-dua ayat di atas? Terima kasih.

Sekiranya menggunakan kata hubung “kerana”, ayat seharusnya ditulis seperti yang berikut:

1.   Cik Aminah tidak balik kerana dia belum menyiapkan kerjanya.

2.   Ayah meminta bantuan rakannya kerana tidak dapat menyelesaikan masalah itu.  

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa29.08.2017
Tuan, 1. Betulkah frasa "Hal ini kerana....." ? atau "Hal ini demikian kerana ....? 2. Peribahasa "melepaskan batok di tangga" atau "melepaskan batuk di tangga", manakah yang betul? Terima kasih.1. "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan  "hal ini
kerana"

2. Peribahasa yang betul ialah "melepaskan batuk di tangga",
Tatabahasa27.02.2019
Ini terjadi kerana masyarakat mundur. Adakah ayat ini gramatis?"Ini terjadi kerana masyarakat mundur". Ayat ini tidak gramatis kerana tidak betul dari segi semantik, iaitu  kurang difahami dan tidak lengkap. Cadangan ayat yang betul ialah Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan masyarakat menjadi mundur; atau Perkara ini telah menyebabkan masyarakat menjadi mundur.Tatabahasa28.10.2018
salam sejahtera, saya ingin bertanya, yang manakah ungkapan yang betul?: 'HAL INI KERANA' atau 'HAL INI DEMIKIAN KERANA' bolehkah tuan turut menyatakan huraian dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. terima kasih"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana".Tatabahasa13.12.2017
Antara "hal ini kerana" dan "hal ini demikian kerana", yang manakah yang diterima dalam panduan penandaan terkini?Frasa yang betul ialah "hal ini demikian kerana ...".Tatabahasa22.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas