Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa Melayu | Dalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Ejaan | 10.05.2012 |
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkali | Ejaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali. | Ejaan | 06.05.2012 |
Adakah skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sikit? contohnya skala 5 - Amat kerap....4 - kerap kali ...3 - Kadang-kadang ...2 - Jarang-jarang ...1 - tidak pernah. Betul ke 'Amat Kerap' merupakan kekerapan yang banyak...'Kerap Kali' merupakan kekerapan yang kurang dari 'Amat Kerap'? terima kasih | 1. Ya betul. Skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sedikit. 2. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. Oleh itu, kenyataan bahawa "Amat Kerap" merujuk kepada kekerapan yang banyak adalah betul, dan kenyataan "Kerap Kali" merujuk kepada kekerapan yang kurang daripada "Amat Kerap" adalah betul. | Lain-lain | 20.02.2014 |
Kerap kali saya mencari konkordans melalui carian online ini, tidak keluar sebarang data pun. | Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk disiasat. Terima kasih. | Lain-lain | 28.12.2008 |
Saya pernah dan kerap kali dengar perkataan "Selenga". Apakah maksud sebenar perkataan itu? Contoh ayat: 'Muka dia yang selenga'. | Perkataan selenga tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan bahasa slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu. | Makna | 04.04.2010 |
Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih. | Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin. Seperti ungkapan 'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut. | Makna | 30.03.2009 |
Saya gunakan laman web ini sebagai rujukan setiap hari dalam pekerjaan harian saya. Please fix your server problem. Kerap kali berlaku, laman web ini langsung tidak dapat dibuka. Mohon lakukan sesuatu. | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Kami berharap masalah ini dapat dipulihkan dengan kadar yang segera demi manfaat kita bersama. | Lain-lain | 15.05.2015 |
Salam, saya agak keliru dari segi kesalahan di permulaan ayat. Perkataan apa yang harus saya elakkan daripada digunakan di awal ayat. Saya kerap kali ragu-ragu untuk menggunakan perkataan NAMUN, DENGAN INI, ANTARANYA, YAKNI di awal ayat. Adakah penggunaan perkataan itu dilarang digunakan di awal ayat? | Kata tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya. | Tatabahasa | 18.02.2009 |
bagaimana hendak membezakan ejaan 'acap kali' dengan 'adakala'? mengapa adakala dieja rapat sedangkan ada dan kala ada maksud yang tersendiri. mengapa pula acap dan kali dieja terpisah? ( ejaan ini saya rujuk dari Lembar Bahasa ) | Acap kali bermaksud beberapa kali, berulang kali, kerap kali, sering kali. Adakala bermaksud kadangkala, sekali-sekali. Kedua-dua perkataan ini sudah mantap dari segi ejaannya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7. | Ejaan | 06.04.2008 |
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan? | 1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali. Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran. | Istilah | 13.02.2014 |