Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.le.va.nan] | کريلۏنن

Definisi : perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mem­persoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.le.va.nan] | کريلۏنن

Definisi : keadaan relevan: Pihak pembangkang mempertikaikan ~ isu itu dgn perkara yg sedang didebatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerelevanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya.Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. Lain-lain20.11.2010
Apakah maksud kerelavanan mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kerelevanan berasal daripada kata dasar relevan yang bermaksud  ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib;oleh itu, kerelevanan bermaksud perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan.Istilah02.10.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil?Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa19.08.2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semester ini, kami telah dikehendaki melakukan penyelidikan untuk tugasan proposal kami sehingga tahun hadapan (semester akhir - 06). Saya memilih untuk mengkaji bidang pragmatik bagi menjalankan kajian fyp saya. Saya ada menyertai sebuah bengkel dbp sebelum ini, penceramah (Dr. Shamsudin Othman) ada menyebut tentang sebuah novel ni. Tajuknya lebih kurang 'Ah.' begitu seingat saya. Saya terpanggil untuk menjalankan kajian fyp dalam bidang pragmatik terhadap novel tersebut. Justifikasinya untuk saya buat pemerhatian kerelevanan kuasa bahasa dalam pragmatik. Tapi saya tak pasti benarkah tajuk novel tu. Boleh tak DBP tolong semakkan kalau kalau betul ada novel DBP yang bertajuk macam tu. Kalau tiada, tidak mengapa. Sekadar bertanya. Dan kalau boleh nak minta pandangan DBP juga tentang kajian tu, relevans ke saya nak kaji novel tu sebab pragmatiknya nak melihat apa isu yang cuba penulis bangkitkan sampai tajuknya begitu dan kesannya kepada pembaca kerana dalam bidang pragmatik kita mengkaji 'speaker's meaning' dan bukan 'sentence meaning'. Segala kerjasama amat saya hargai. Terima kasih :DMelalui semakan kami melalui Katalog Awam dalam Talian, tidak menemukan novel Ah. Untuk melihat kesesuaian tajuk dan bidang kajian, sila berbincang dengan pensyarah/penyelia kajian puan kerana merekalah pihak yang berwenang dalam hal ini.Lain-lain08.04.2017
Assalamualaikum wbt. Saya memerlukan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan istilah yang betul bagi penulisan tesis saya. Saya lampirkan di "fail lampiran" senarai istilah yang memerlukan semakan dari pihak DBP. Jasa baik dan kerjasama pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih.Salam sejahtera,

Semua istilah yang diberi betul kecuali yang dibawah ini:

1. Partial Least Square-Structural Equation Modeling terjemah kepada Model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa

2. Exogenus variable kepada Pemboleh ubah eksogenus

3. Endogenous variable kepada Pemboleh ubah endogen

4. Predictive accuracy kepada Ketepatan ramalan

5. Predictive relevant kepada Kerelevanan ramalan

6. Indicator kepada penunjuk


Sekian, terima kasih.
Istilah20.10.2017

Kembali ke atas