Apakah perbezaan antara Karenah dengan Kerenah | Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 'karenah' (karénah) Ar bermaksud alamat, bukti, tanda manakala 'kerenah' (kerénah) bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan. | Makna | 10.02.2007 |
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan istilah 'Karenah' dan 'Kerenah', yang mana satu betul. Terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 'karenah' (karénah) Ar bermaksud alamat, bukti, tanda manakala 'kerenah' (kerénah) bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan. | Tatabahasa | 12.06.2013 |
Karenah bolehkah digunakan? Jika mengikut kamus dewan kerenah dan karenah boleh digunakan..mohon penjelasan. Adakah perkataan ini satu kata yang sama atau dua kata yang berbeza. | Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 'karenah' (karénah) Ar bermaksud alamat, bukti, tanda manakala 'kerenah' (kerénah) bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
karenah atau kerenah kerana di dalam kamus dewan lain dan koleksi yang dikeluarkan lain | Yang betul ialah kerenah yang bermaksud ragam, tingkah laku, kemahuan. | Ejaan | 02.07.2008 |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya? | Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada: 1. Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema 2. Pantun yang dijual mempunyai soalan 3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian tidak mendapat markah. Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih , 1. Pola rima dan suku kata 2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 3. Kemunasabahan pembayang maksud 3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 4. Sebutan yang jelas Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui, 1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun 2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud) 3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris) 4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan) Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik. | Lain-lain | 18.11.2010 |