Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : proses atau urusan kerja, terutama­nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai for­maliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat di­luluskan atau dilaksanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerenah birokrasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh bagi penerangan antara tatakelola dan karenah birokrasiTatakelola atau tadbir urus bermaksud pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yg ditetapkan, dan menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan serta ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan.

Kerenah birokrasi pula bermaksud proses atau urusan kerja, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang terpaksa melalui pelbagai peringkat kelulusan dan mengambil masa yang sangat lama, sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my.

Makna19.08.2025

Kembali ke atas