Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan beberapa istilah berikut dalam bahasa Melayu: 1. Perfectionism 2. Dyadic coping 3. Enduring vulnerabilities Selain itu, adakah DBP menyediakan menyemak terjemahan soal selidik (BI-BM)?..sekiranya ada, bagaimana prosedurnya? Sekian, terima kasih. | 1. Perfectionism - perfeksionisme (dalam bidang Psikologi dan Perubatan) 2. Tidak ada Dyadic coping dalam pangkalan data kami, duadics dalam bidang fizik diterjemahkan kepada diadik dan coping dalam bidang kejuriteraan ialah kepada tembok dan dalam bidang pergigian, koping. 3. Enduring vulnerabilities - enduring bermaksud lama bertahan, manakala vulnerabilities bermaksud kerentanan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2015 |
Salam sejahtera, Mohon beri penjelasan mengenai perkataan 'vulnerabiliti'. Adakah perkataan ini diambil daripada perkataan 'vulnerabilty'? adakah perkataan ini boleh digunakan bagi tujuan rasmi. Sekian, Mariammal Subramaniam | Tidak ada perkataan ‘vulnerabiliti’ dalam bahasa Melayu. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan vulnerability mempunyai tiga maksud, iaitu 1. mudah terdedah; 2. mudah dikecam; dan 3. mudah diserang. Dalam bidang teknologi maklumat, perubatan, dan kejuruteraan istilah vulnerability diberikan padanan kerentanan. | Istilah | 15.12.2014 |
Sila terjemahkan beberapa istilah berkaitan dengan teori dan model kesihatan 1. Self determination theory 2. cues to action 3. perceived susceptibility 4. perceived severity Terima kasih di atas bantuan yang diberikan | Untuk makluman, tiada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kami akan berikan istilah bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. self determination - penentuan diri/penentuan nasib diri/penentuan masa depan 2. cues - isyarat/tanda 3. perceived - anggapan/tanggapan 4. susceptibility - kerentanan 5. severity - keamatan/keparahan/keterukan/ketenatan | Istilah | 21.08.2014 |