| Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih. | Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". | Makna | 02.11.2023 |
| Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama. Yang mana satukah betul? 1. Kami(subjek) tiba(kata kerja) di destinasi(frasa keterangan tempat) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) ATAU 2. Kami(subjek) tiba di destinasi(frasa kata kerja) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:) | 1. Frasa yang betul ialah "menikmati keriangan perkelahan" dan "menghayati masa riang bersama-sama". 2. Kami (frasa nama) tiba di destinasi (frasa kerja) kira-kira pukul sembilan pagi (frasa keterangan). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, dalam tajuk Proses Penerbitan Ayat, muka surat 531 -581. | Tatabahasa | 15.05.2024 |
| Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:) | Frasa yang diberikan betul dan boleh digunakan mengikut konteks yang bersesuaian.
| Tatabahasa | 14.05.2024 |
| Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui penggunaan yang betul untuk ayat ini. Kanak-kanak itu bermain dengan penuh keriangan sambil diperhatikan oleh ibu mereka. ATAU Kanak-kakak itu bermain dengan penuh riang sambil diperhatikan oleh ibu mereka. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Lain-lain | 12.03.2018 |
| Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini? | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan itu. Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.02.2010 |
| Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang? Adakah kata nama berbilang "countable noun" dalam bahasa Inggeris? Terjemahan bagi itu kata nama berbilang atau hitung? | Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang. Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang, contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ". Countable noun ialah kata nama hitung /berbilang. | Tatabahasa | 02.11.2014 |