Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih. | Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". | Makna | 02.11.2023 |
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:) | Frasa yang diberikan betul dan boleh digunakan mengikut konteks yang bersesuaian.
| Tatabahasa | 14.05.2024 |
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama. Yang mana satukah betul? 1. Kami(subjek) tiba(kata kerja) di destinasi(frasa keterangan tempat) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) ATAU 2. Kami(subjek) tiba di destinasi(frasa kata kerja) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:) | 1. Frasa yang betul ialah "menikmati keriangan perkelahan" dan "menghayati masa riang bersama-sama". 2. Kami (frasa nama) tiba di destinasi (frasa kerja) kira-kira pukul sembilan pagi (frasa keterangan). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, dalam tajuk Proses Penerbitan Ayat, muka surat 531 -581. | Tatabahasa | 15.05.2024 |