Usaha keringatnya telah membuahkan hasil. Dalam ayat ini 'usaha keringat' adakah betul ataupun lewah. | Keringat membawa maksud air yang keluar melalui liang halus pada kulit tubuh; peluh. Maknanya, istilah usaha keringat tidak betul kerana membawa maksud "usaha peluh". Sebaliknya, istilah "memerah keringat" boleh digunakan untuk merujuk usaha yang bersunguh-sungguh.
| Tatabahasa | 20.12.2015 |
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih | Saudara Gan, Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah : i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa ii. payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya iii. tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut iv. tak putus-putus ketawa v. barang jemuran yang kering sekali | Makna | 03.02.2010 |
Salam sejahtera kepada Puan-puan dan tuan-tuan,saya mengelirukan ayat ini.Adakah ayat ini ialah kesalahan ayat ataupun kesalahan tatabahasa yang diberikan?Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya,kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan. | Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.07.2021 |
Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah. | Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan. Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua. Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat. | Istilah | 06.04.2014 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |