| Saya membuat kerja rumah. Saya sedang membuat kerja rumah. Saya telah membuat kerja rumah. Saya sudah membuat kerja rumah. Saya akan membuat kerja rumah. Adakah saya menggunakan imbuhan dalam ayat-ayat di atas dengan betul? Ayat yang manakah salah? | Penggunaan imbuhan awalan mem- dalam ayat-ayat di atas betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 147. | Tatabahasa | 09.04.2024 |
| Apakah istilah tepat bagi perkataan ‘homework’? Adakah kedua-dua perkataan iaitu ‘kerja sekolah’ dan ‘kerja rumah’ boleh diterima? | Hanya 'kerja rumah' istilah untuk kerja-kerja yang dilakukan di rumah atau kerja-kerja sekolah yang dilakukan di rumah. | Makna | 20.02.2021 |
| Apakah istilah yang tepat bagi lembaran-lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan di rumah? Kerja sekolah ataupun kerja rumah? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, homework ialah 1. school work done at home, kerja /rumah, sekolah/; Dalam data kami, padanan homework ialah kerja rumah yang digunakan dalam bidang pendidikan. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
| Jika praktice/ preparation assignment boleh disebut sebagai kerja rumah praktis dan kerja rumah persediaan apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah perkataan 'extension assignment' di dalam bidang pendidikan? Terima kasih | Frasa yang betul dalam bahasa Inggeris ialah extension of assignment. Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah pelanjutan tugasan. | Istilah | 29.06.2009 |
| Kedua-dua ayat di bawah dibina oleh anak saya: 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek. Guru sekolah telah menanda salah untuk kedua-dua ayat itu dan beri pembetulan seperti yang berikut. 1) Ali rajin membuat kerja rumah. 2) Saya akan mendengar nasihat nenek. Saya rasa ayat yang dibina oleh anak saya juga betul. Adakah ayat yang dibina oleh anak saya salah? Apakah kesalahan ayat-ayat itu? | 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. - Ayat tersebut tidak tepat. Hal ini disebabkan dengan merupakan kata sendi nama. Perkataan dengan perlu diikuti dengan kata nama atau frasa nama. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan dengan diikuti dengan perkataan rajin. Rajin merupakan kata adjektif. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek/ Saya akan mendengar nasihat nenek. - Jika mengikut makna dalam Kamus Dewan, ayat yang dibuat oleh anak puan tidak terdapat kesalahan, begitu juga dengan ayat yang diberikan oleh guru anak puan. Akan tetapi, kemungkinan para guru mempunyai skema jawapan tersendiri dalam penandaan soalan. | Tatabahasa | 08.10.2015 |
| 1. Apakah frasa nama yang betul untuk latihan yang diberikan guru? kerja rumah atau kerja sekolah. 2. Cikgu Azmi mengajarkan kami ( bahasa Malaysia / Bahasa Malaysia). 3. Ali ( menjalani / menjalankan ) pratikum. | 1. Padanan homework ialah kerja rumah. 2. Cikgu Azmi mengajarkan kami Bahasa Malaysia. 3. Ali menjalani pratikum. | Tatabahasa | 16.09.2010 |
| Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih. | Jawapan: 1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul 2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
| Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih | 1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87. 2. Ejaan yang betul ialah respons. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
| saya ingin mengetahui mengenai kosakata dan makna-maknanya. begitu jg dengan peribahasa dan banyak lagi bahasa-bahasa yang tidak dapat dijawab oleh saya sekiranya. anak-anak bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan. saya ingin bantuan pihak tuan, jika sekiranya ada kerja-kerja rumah yg diberikan oleh guru-guru di sekolah anak saya. | Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau dinamai juga perbendaharaan kata. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saudara perlukan, sila layari laman web DBP. | Lain-lain | 02.03.2010 |
| "Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi. | Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri kedua | Tatabahasa | 13.08.2007 |