Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah tepat bagi perkataan ‘homework’? Adakah kedua-dua perkataan iaitu ‘kerja sekolah’ dan ‘kerja rumah’ boleh diterima?Hanya 'kerja rumah' istilah untuk kerja-kerja yang dilakukan di rumah atau kerja-kerja sekolah yang dilakukan di rumah. Makna20.02.2021
Adakah ayat berikut gramatis? Jangan terburu-buru melengkapkan kerja sekolah kamu.Ayat yang betul ialah Jangan tergesa-gesa menyiapkan kerja sekolah kamu.Ejaan08.05.2021
1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung ( pada , kepada )orang lain lagi ? Jawapan manakah lebih sesuai ? TQ 2(A) Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. @ (B)Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. Ayat A @ Ayat B lebih tepat? 3. kuih-muih tradisional @ kuih-muih lama ? 4. mencuci kasut hingga bersih @ mencuci kasut sehingga bersih ? Terima kasih..................

1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung pada orang lain lagi.

2. Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. - kedua-duanya betul.

3. Kuih-muih tradisional.

4. Mencuci kasut hingga/sehingga bersih. - hingga/sehingga kedua-duanya betul.

Tatabahasa10.05.2010
1berisi wang atau berisikan wang? 2. bersimpati Ah Cong / bersimpati akan Ah Chong / bersimpati terhadap Ah Chong / 3. Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru atau Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru? 4. Samy dimarahi cikgu / Samy dimarahi guru?

Ayat yang betul/yang telah diperbetulkan semula ialah:

1. ... berisi wang. 

2. ... bersimpati terhadap Ah Chong

3. Ali menyipkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru

4. Samy dimarahi oleh cikgu/guru

Tatabahasa10.03.2010
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memangkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .Yang paling tepat ialah b. kamu.Tatabahasa27.04.2010
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .

1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat.

2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. 

Tatabahasa27.04.2010
merujuk kpd arkib soalan:kata kunci MEMOTONG jawapan no.9 'sudahkah........menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam'tanya cikgu Tan kepada murid-muridnya. Antara pilihan jawapan kamu dan kalian. Jawapan DBP ialah kamu. Bukankah kalian lebih tepat kerana merujuk kepada murid-murid(jamak).

Benar, jawapan yang paling tepat ialah kalian. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa23.05.2011
Salam sejahtera. Apakah perkataan atau istilah yang sesuai bagi perkataan "booklet". Saya dapati ada penerbit buku2 kerja sekolah yang menggunakan ejaan 'buklet' bg perkataan tersebut. Terima kasih.Perkataan booklet, istilahnya dalam bahasa Melayu ialah buku kecil.  Tiada perkataan buklet dalam bahasa Melayu.Istilah24.02.2022
Salam... Ayat berikut dikatakan ada kesalahan. Boleh pihak tuan nyatakan kesalahan tersebut. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 


dibekalkan- perkataan ini tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan yang sesuai ialah ' diberikan'.

2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.

'masih' kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'tetap'.
Tatabahasa18.09.2012
Balqis menyiapkan kerja sekolah sementara menunggu ayahnya tibaBalqis menyiapkan kerja sekolahnya sementara menunggu ayahnya tiba.  Tatabahasa13.05.2019
12345678910...

Kembali ke atas