| Saalm sejahtera. Encik Lim _________ kereta ke tempat kerjanya setiap hari. memandu atau menaiki? | Jawapan yang betul ialah “Encik Lim memandu kereta ke tempat kerjanya setiap hari.” | Lain-lain | 26.11.2024 |
| Apakah nama bagi orang yang kerjanya memandu kanak-kanak menjalani aktiviti? Seperti bercerita, bermain, bernyanyi dan sebagainya. Mereka bukan guru tadika tetapi mengadakan aktiviti ini pada hujung minggu yang terbuka kepada seisi keluarga. Ini cara mencari rezeki mereka. Yang lagi satu, orang yang kerjanya bercerita kepada kanak-kanak seperti "Kakak Pepatung" yang agak popular. | Tidak ada nama gelaran khusus untuk yang melakukan aktiviti sedemikian. Berdasarkan pengamatan kami lazimnya penggiat aktiviti seni/sastera/budaya seumpama ini sering menggelarkan diri mereka ibu atau mama atau gelaran ibu/mama digandingkan dengan nama mereka seperti Ibu Anis dan Mama Filzah. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
| 1. Encik Kim berasa lega ( sekali / sungguh / nian ) kerana semua kerjanya telah beres. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Encik Kim berasa lega sekali/sungguh kerana semua kerjanya telah beres. - sekali atau sungguh adalah betul | Tatabahasa | 20.05.2011 |
| 1. Cik Aminah tidak akan balik kerana dia tidak menyiapkan kerjanya. 2. Ayah akan meminta bantuan rakannya kerana ayah tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Adakah penggunaan kata hubung kerana betul dalam kedua-dua ayat di atas? Terima kasih. | Sekiranya menggunakan kata hubung “kerana”, ayat seharusnya ditulis seperti yang berikut: 1. Cik Aminah tidak balik kerana dia belum menyiapkan kerjanya. 2. Ayah meminta bantuan rakannya kerana tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.08.2017 |
| Cikgu, ayat di bawah kata kerjanya perlu mempunyai imbuhan atau tidak? 1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu. 2. Harap saudara dapat pelajari sesuatu yang baharu. Ayat ini pula? 1. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak menimbulkan masalah. 2. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak timbulkan masalah. (Kedua-dua kata kerja tidak perlu berimbuhan atas syarat ayat permintaan, atau satu tidak perlu berimbuhan dan satu lagi perlu berimbuhan?) Sama dengan ayat di bawah ini. 1. Minta saudara buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. 2. Minta saudara buang sampah ini untuk elakkan pencemaran udara. (Bentuk ayat 1: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, manakala kata kerja kedua iaitu "elak" harus berimbuhan. Bentuk ayat 2: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, kata kerja kedua iaitu "elak" juga tidak perlu berimbuhan.) Saya keliru. Tolong tuan bantu saya. | 1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu. 2. Tuan diminta menjelaskan wang bayaran supaya tidak menimbulkan masalah. 3. Buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. (ayat ini tidak gramatis - buang sampah dan pencemaran udara) Untuk membuat binaan ayat yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
| apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''orang yang kerjanya memasak,tukang masak,chef' terima kasih.. | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. | Lain-lain | 17.04.2010 |
| Betulkah ayat di bawah ini? - 1.saya akan melaporkan kes ini kepada ibu bapa. 2. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu kerana dia tidak melakukan kerjanya semasa gotong-royong. 3. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu. Terima kasih | Semua ayat tersebut betul: 1. Saya akan melaporkan kes ini kepada ibu bapa. 2. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu kerana dia tidak melakukan kerjanya semasa gotong-royong. 3. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu. Terima kasih.
| Lain-lain | 15.07.2024 |
| Adakah ayat berikut betul dari segi penggunaan imbuhan men-...-kan bagi kata kerjanya dalam ayat: Ayah menghadiahkan saya seekor kucing @ Ayat menghadiahi saya seekor kucing. Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung @ Ibu menjahit saya sepasang baju kurung | Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Ayah menghadiahi saya seekor kucing". Bagi ayat kedua, ayat yang betul ialah "Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung." Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuta sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak.
| Tatabahasa | 20.04.2013 |
| Salam, Mohon bantuan untuk perkataan Bahasa Melayu terbaik untuk, "storyteller" (orang yang tugas/kerjanya membuat persembahan storytelling dan jyga "storytelling" (proses bercerita di hadapan audiens kanak-kanak". Terima kasih | Untuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "storyteller", iaitu pencerita, tukang cerita, pengisah dan penglipur lara. | Istilah | 22.04.2016 |
| makna perkataan NAZIRAN | Tiada perkataan NAZIRAN dalam data kami yang ada ialah NAZIR -orang yg kerjanya melawat (sekolah dll); pelawat; pengawas: ~ bebas (sekolah) pegawai yg mengawasi kemajuan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 08.10.2018 |