Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana yang betul? Kerjasama YBhg Dato' amatlah dihargai. atau, Kerjasama daripada YBhg Dato' amat dihargai. Apa beza "kerjasama Dato'" dengan "kerjasama daripada Dato'"?

Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa26.11.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Bolehkah kita menggunakan ayat "Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk." untuk memulakan surat kiriman rasmi? (ii) Yang manakah ayat yang tepat? "Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahulukan ucapan terima kasih." atau "kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului ucapan terima kasih." TERIMA KASIH.
1. Dengan segala hormatnya perkara yang di atas dirujuk.
2. Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Tatabahasa05.09.2013
Adakah ayat ini betul? sekiranya tidak, dipohon cadangan ayat. Kejayaan pembangunan KIIS ini banyak bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak yang terlibat khususnya dalam membekalkan maklumat dan data yang tepat dan cepat.Kejayaan pembangunan KIIS ini bergantung pada kerjasama daripada semua pihak yang terlibat khususnya dalam membekalkan maklumat dan data yang tepat dan cepat.Tatabahasa27.07.2015
Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini?

Tuan/puan yang budiman,

 

Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan.

 

Contoh:

 

mendahulukan (aktif)      -         didahulukan (pasif)

menyatakan (aktif)          -        dinyatakan (pasif)

 

Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya:

 

mendahului  (aktif) -           didahului (pasif)

mengotori (aktif)      -           dikotori (pasif)

 

 

Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah:

 

i.              Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

ii.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Lain-lain10.10.2018
Assalamualaikum encik, Saya ingin bertanya tentang ejaan jawi bagi "Pusat Koreksional Kamunting" Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai, Sekian terima kasih.ڤوست كوريك سااونل كمونتيڠ  Ejaan24.01.2019
Salam Tuan/Puan, Saya Mohd Azuwan dari Kluang, Johor. Merujuk kepada Permohonan 23526/2015 dalam Khidmat Pengesahan Bahasa, saya memohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk memberi keputusan ke atas semakan tersebut. Saya memerlukan kelulusan tersebut bagi tujuan permohonan permit menggantung banner/sepanduk. Sekian, terima kasih. Yang benar; AzuwanVisual yang dilampirkan tidak dapat dibuka, sila tukar kepada format jpeg atau gif. Kemukakan semula permohonan tuan melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan tekan kbutang emas kini. Hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9112 untuk kelulusan segera permohonan tuan.Lain-lain18.06.2015
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
Opie Nov Feb 2nd, 8:11pm Salam sejahtera, Boleh saya bertanya bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan deklamasi sajak atau pidato bagi kategori umum (terbuka)? Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. Terima kasihUntuk makluman tuan, pertandingan pidato dan deklamasi sajak secara terbuka belum diadakan, melainkan pelbagai pertandingan kebahasaan dan kesusasteraan yang diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan.Lain-lain02.02.2015
Salam, Mohon penjelasan daripada pihak Tuan berkenaan: 1. Salinan ketiga = peniga 2. Salinan keempat = pengempat (Contoh pengunaan resit rasmi) Adakah pengunaan bahasa tersebut adalah betul? Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasihPeniga ialah padanan perkataan triplicate dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun tidak ada perkataan pengempat dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa25.11.2011
Assalam Tuan Sulaiman. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan slogan organisasi yang betul mengikut garisan tatabahasa yang dibenarkan oleh pihak DBP. slogan tersebut seperti dibawah:- "MEMPERKASA SOSIOEKONOMI ISI RUMAH KELUARGA MISKIN" Sekian terima kasih diatas tindakan dan kerjasama daripada pihak tuan.Salam.

Untuk slogan tersebut, dicadangkan supaya digunakan: MEMPERKASAKAN SOSIOEKONOMI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH.
Lain-lain06.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas