"kesinambungan kerjaya beliau terserlah" adakah frasa tatabahasa tersebut betul? | Dari segi tatabahasa, frasa ini betul tetapi dari segi semantik, frasa ini tidak ada makna. Kamus Dewan mentakrifkan kesinambungan sebagai perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. | Tatabahasa | 22.07.2010 |
Apa bidang kerjaya yang di paparkan dalam artikel ini. | Assalamualaikum, Puan boleh melayari laman web DBP http://lamanweb.dbp.gov.my (di ruangan maklumat skim perkhidmatan) untuk maklumat lanjut berkenaan bidang yang berkaitan dengan jawatan kosong tersebut | Lain-lain | 16.03.2020 |
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat.. | Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.03.2015 |
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera? | Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya. | Lain-lain | 11.08.2008 |
Bagaimana menulis nama seminar, perlu diitalikkan atau diletakkan tanda petik tunggal? Contoh: 'Seminar Kerjaya.' | Nama seminar/tajuk tidak perlu ditulis condong, cukup sekadar ditulis dengan huruf besar pada awal kata seperti "Seminar Kerjaya". | Ejaan | 13.09.2011 |
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA | Tajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA. | Tatabahasa | 20.08.2019 |
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris.... | Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar. | Lain-lain | 18.03.2011 |
Saya ingin mendapatkan padanan yang sesuai bagi career engagement memandangkan pelajar-pelajar masih belum terlibat dalam kerjaya. Contoh ayat penggunaan career engagement adalah : This study addresses intraindividual changes in career engagement among university students. Career Engagement scale is a measure of the degree to which somebody is proactively developing his career as expressed by diverse career behaviors. Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “keterlibatan kerjaya” digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi career engagement. | Istilah | 14.03.2018 |
Mohon semak adalkah betul penggunaan ayat berikut: 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM. ayat yang dibold kan itu salah ke betul atau lewah? Mohon pencerahan. terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Ayat tersebut lewah. Ayat yang betul: Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.08.2017 |
Janganlah kita pandang rendah kerjaya yang ada. Adakah ayat ini merupakan ayat perintah atau boleh dikategorikan sebagai ayat majmuk pancangan relatif. Mohon penjelasan kerana saya sangat keliru. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah. Ayat yang dinyatakan ialah ayat larangan. | Tatabahasa | 23.08.2013 |