Cikgu, dalam ayat yang diberikan di sebelah, kata "lebih" atau "berlebihan" lebih sesuai digunakan? 1. Ini kertas-kertas lebih. 2. Ini kertas-kertas berlebihan. Soalan kedua: Adakah kata "kertas" dalam dua ayat tersebut perlu digandakan kepada "kertas-kertas"? | 1. Frasa "Ini kertas lebih" merupakan bahasa percakapan. 2. Frasa yang tepat ialah " Ini kertas yang berlebihan." | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Soalan: Kertas kertas yang bertaburan di bilik tidur adik. Atau kertas bertaburan di bilik adik. Yang manakah paling gramatis? Tq | Jawapan yang betul ialah kertas bertaburan di bilik adik | Tatabahasa | 05.08.2020 |
Manakah yang lebih sesuai untuk di buat tajuk bagi terbitan berikut? koleksi/himpunan kertas-kertas kajian akademik DIGEST atau JOURNAL | Digest diterjemahkan kepada ringkasan, manakala jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu. | Istilah | 25.01.2017 |
assalam saya ingin bertanya mengenai ciri-ciri kertas cadangan yang baik? 2. perbezaan antara kertas kerja dan kertas cadangan? 3. saya inginkan contoh kertas cadangan yang berkaitan dengan bahasa melayu sebagai contoh kertas cadangan pesta pantun, bengkel bahasa melayu, pertandingan pidato dan sebagainya.. 4. apakah yang perlu ada dalam satu kertas cadangan? | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna pakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan juga merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan. | Lain-lain | 30.08.2012 |
perkembangan isu-isu semasa mengenai bahasa . | Soalan sdr terlalu umum. Untuk mengetahui isu-isu semasa mengenai bahasa, sdr bolehlah mendapatkan maklumat mengenainya melalui kertas-kertas kerja yg ditulis mengenai pelbagai isu bahasa, jurnal bahasa, majalah bahasa yg terdapat dalam pasaran. Untuk meneliti kertas kerja yg membincangkan perkara ttg bahasa ini, sdr bolehlah datang sendiri ke bahagian Pusat Dokumentasi Melayu di DBP. T.kasih. | Lain-lain | 12.09.2008 |
Adakah wujudnya kertas sebak? Apakah maksud untuk kertas sebak? Saya telah merujuk kamus tetapi tidak ada maksud sebak untuk dipadankan dengan kertas. Sekian, terima kasih. | Tiada data berkaitan “kertas sebak” dalam pangkalan data DBP. Melalui carian di laman maya, “kertas sebak” ialah “kertas mahjung” , iaitu kertas putih dan lebar yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. | Istilah | 11.08.2014 |
Mohon penjelasan yang lebih jelas. apakah sebenarnya konsep dan tujuan untuk membuat kertas cadangan dan kertas kerja. Justeru itu, apakah sebenarnya kaitan antara kertas kerja dan kertas cadangan. Jika ingin membuat satu laporan kos yang ingin dibelanjakan dan ingin dihantar kepada majikan, apakah format atau bentuk makalah yang lebih sesuai yang harus digunakan, atau adakah format nberbentuk kertas cadangan yang lebih sesuai. Hal ini kerana kos tersebut bukanlah termaktub dalam apa-apa projek ,majlis atau sebarang aktiviti. Apa yang ingin dilakukan hanyalah sebuah laporan kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan tambahan yang akan dibelanjakan bagi sesebuah projek tanaman kelapa sawit. Mohon penjelasan. Terima kasih | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu isu atau persoalan. Umumnya dalam kertas cadangan, laporan kos ini diletakkan di bawah perkara Anggaran Perbelanjaan dan perinciannya dijelaskan dalam Lampiran. Tidak ada format yang seragam bagi lampiran laporan kos ini. Penulisannya berdasarkan ketetapan dan keperluan sesebuah organisasi. | Makna | 27.02.2014 |
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |
saya seorang pelajar undang-undang. apakah definisi kertas cadangan dan bagaimanakah ia berbeza dengan kertas kerja undang-undang? apakah panduan hendak menulis kertas cadangan dan kertas cadangan undang-undang? adakah bahan rujukan yang boleh saya rujuk? | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan dalam konteks ini ialah persoalan undang-undang. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna apakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan. | Makna | 30.05.2012 |
Mohon terjemahkan istilah Bahasa Inggeris 'Position Paper' ke Bahasa Malaysia. | Puan Lanita, Saya tidak dapat memahami apakah sebenarnya konteks penggunaan bagi frasa Inggerisnya. Tetapi jika diminta terjemahannya ia bermakna Kedudukan kertas, kertas kerja yang hendak disampaikan atau penjelasan tentang kertas yang telah dihantar. Harap dapat penjelasan. | Makna | 19.04.2010 |