Salam Tuan, Yang mana lebih tepat: "Kita akan meneliti BAGAIMANA kerumitan ini boleh ..." ataukah "Kita akan meneliti CARANYA kerumitan ini boleh ..." Salam & T. Kasih | Ayat "Kita akan meneliti CARANYA kerumitan ini boleh ... adalah tepat kerana kata tanya "bagaimana" tidak boleh hadir dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 16.02.2011 |
apakah aspek yang menjadi kerumitan masyarakat dalam panggunaan kata sendi nama dari, daripada, pada dan kepada? | Puan Sharifah, Masyarakat tidak faham atau mahir untuk membezakan penggunaan kata sendi nama mengikut rumus-rumus bahasa seperti yang terkandung di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Perkara ini berlaku mungkin kerana masyarakat sudah biasa dengan penggunaannya sebelum ini dan tidak peka tentang perubahan yang ada apabila terbitnya buku tersebut. | Lain-lain | 07.02.2010 |
saya seorang pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran bahasa malaysia dan mengalami kerumitan untuk mengarang dengan tatabahasa yang tepat dan gramatis. apakah cadangan untuk saya memperbaiki wacana saya? saya juga mengalami kesukaran untuk menghafal asal usul bahasa melayu serta fonologi | Sdr perlu banyak membaca buku ataupun rencana mengenai bahasa.Selain itu, sdr perlu banyak menulis dan menjadikan Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai rujukan utama. Dengan cara ini sdr akan dapat mengasah bakat dalam penulisan seterusnya Kamus Dewan dapat dijadikan bahan untuk mendapatkan perkataan baharu setiap hari. Proses menulis, membuat rujukan ini perlulah berkesinambungan dan berterusan. Tentang asal ususl BM dan fonologi sdr juga digalakkan membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |