Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua. | 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua. | Tatabahasa | 10.08.2013 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang jururawat menolak kerusi roda untuk pesakit kurang upaya. 2. Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki seorang pak cik. | Ayat pertama betul. Ayat kedua dibaiki seperti berikut:
Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pak cik. | Tatabahasa | 05.08.2013 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake room | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya 2. dockmaster office - pejabat ketua dok 3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka 4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong 5. fresh air intake room - bilik ambilan udara segar | Istilah | 20.05.2013 |