Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ba.ran] | کصبرن

Definisi : perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ba.ran] | کصبرن

Definisi : keadaan atau sifat sabar: ~nya hilang apabila melihat pemuda itu menumbuk adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesabaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kami dapat melatih kesabaran melalui aktiviti memancing ikan." Adakah melatih kesabaran ini betul?Ayat yang betul, kami dapat melatih diri bersabar melalui aktiviti memancing ikan.Tatabahasa11.08.2016
Adakah penggunaan perkataan " melatih kesabaran " betul ?Frasa "melatih kesabaran" adalah salah. Sila berikan ayat yang lengkap  supaya kami dapat memberikan perkataan yang sesuai. Tatabahasa10.08.2016
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih.Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2013
Adakah padanan dalam BM utk ayat berikut sesuai? What patience! What suffering! What limitation! What restriction! Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah kerasnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu!Padanan terjemahan yang sesuai ialah Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah sempitnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu! Penyemakan dan penterjemahan10.09.2019

Kembali ke atas