Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. 1.Saya keliru dengan penggunaan kata meniduri/menidurkan dalam ayat ibu meniduri/menidurkan adik. 2.Yang mana betul-Ali mengalami kesakitan yang teramat @ Ali mengalami kesakitan yang amat sangat.

1. Ayat yang betul ialah - ibu menidurkan adik, menidurkan bermaksud membuat supaya tidur.

2. Ali mengalami kesakitan yang teramat, Ali mengalami kesakitan yang amat sangat - kedua-dua ayat ini betul.

Tatabahasa27.09.2010
1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?)

Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa08.08.2010
1. Kata penguat sangat, sungguh, amat boleh digunakan serentak sekali ? 2. Kesakitan yang amat sangat ? (betulkah)Boleh digunakan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa11.03.2010
Saya memerlukan pada 19/03/11 Saya ingin tanya bahawa ayat di bawah betul atau salah? Jika salah, berikan yang betul. 1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus melakukan dengan penuh dedikasi. 2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa. 3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.

Ayat yang betul ialah:

1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus lakukan dengan penuh dedikasi.

2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa.

3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.

Tatabahasa18.03.2011
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul.  

1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan.

2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah.

3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh.

4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Tatabahasa07.07.2008
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013

Kembali ke atas