Tuan, adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan: 1. Bangunan itu kelihatan begitu jelas sekali dari atas Bukit Antarabangsa. adakah frasa begitu jelas sekali salah? kerana terdapat pernyataan menyatakan bahawa kalau terdapat perkataan begitu maka perkataan sekali tidak boleh digunakan di belakang sesuatu ayat? Sila beri jawapan secepat mungkin . Terima Kasih. | Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Saya kurang pasti dengan kesalahan bagi ayat-ayat di bawah: 1) Pada pendapat saya, perlaksanaan Program Kaunseling Rakan Sebaya sangat berkesan untuk melatih jati diri remaja. Kesalahan 1: Perlaksanaan menjadi pelaksanaan Kesalahan 2: ? 2) Encik Majid memperlahankan keretanya apabila sampai di kawasan sekolah untuk mengelakkan keadaan merbahaya yang mungkin akan berlaku. Kesalahan 1: Mengelakkan menjadi mengelak? Kesalahan 2: Merbahaya menjadi berbahaya | Untuk makluman, perkataan yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut: 1. Pelaksanaan yang bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya. Manakala, perlaksanaan tidak tepat kerana membawa makna hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya) 2. Mengelakkan bermaksud: 1. menghindarkan diri (daripada terkena pukulan dan lain-lain); 2. melarikan diri daripada mengerjakan sesuatu. 3. Berbahaya yang bermaksud ada bahaya, boleh mendatangkan baha dan dalam (terancam oleh) bahaya. Merbahaya tidak tepat kerana membawa maksud marabahaya, iaitu bermacam-macam bencana atau bahaya
| Tatabahasa | 01.04.2017 |
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya. | Tatabahasa | 15.10.2011 |
Berikut ada 3 ayat, sila menyemak dan memberi pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. 1) Emak memberi hadiah kepada kakak. 2) Emak membeli hadiah kepada kakak. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. Sekian, terima kasih. | 1) Ayat yang betul ialah Emak memberikan hadiah kepada kakak atau Emak memberi kakak hadiah. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. - betul | Tatabahasa | 31.01.2012 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. | Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut: 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara. | Tatabahasa | 06.10.2014 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan, adakah penggunaan kata " pelestarian" dan "kelestarian" dlm ayat ini betul atau tidak. Mohon dibetulkan jika ada kesalahan: 1. Visi sekolah : " Warga SKPG2 mengamalkan budaya pelestarian alam sekitar" 2. Misi sekolah : " Warga SKPG2 menunjukkan kelestarian terhadap alam sekitar melalui amalan pengurusan, aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum dan program penghijauan. Terima kasih atas bantuan tuan. | 1. Pelestarian bermaksud perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala, penggunaan pelestarian dalam ayat contih yang diberikan betul. 2. Kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dll) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal dan penggunaannya dalam ayat contoh yang kedua tidak tepat dari aspek makna perkataan tersebut dengan konteks ayat. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu". | Tatabahasa | 13.09.2015 |
Tolong cari 1 kesalahan istilah dan 1 kesalahan tatabahasa bagi 2 ayat di bawah.Terima kasih.1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. | Soalan 1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka. Jawapan 1: Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran (syarikat) mereka. 2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. Jawapan 2: Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa / dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap ynag dikehendaki. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih | a) Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita". 1"> 1"> b) Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa" ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu). Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...."1"> | Tatabahasa | 26.07.2020 |