| salam, bagaimana kesekian kali ditulis. kesekian atau ke sekian? | Waalaikumsalam. Ejaan yang betul ialah "kesekian kali". Perkataan ini jarang digunakan dalam penulisan ilmiah. | Lain-lain | 23.04.2015 |
| Apakah maksud 'kesekian kali'? | Kesekian kali merujuk kepada perihal melakukan sesuatu atau perkara yang sama sekali lagi atau berulang kali. Contoh dalam ayat, Aina menegaskan buat kesekian kalinya bahawa dia tidak pernah iri hati dengan kecantikan adiknya. | Makna | 02.06.2021 |
| 1.kalau guna sekelian kalinya betul ke? kalau salah,ada cadangan perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan dalam penulisan novel? 2.buang tabiat atau buang tebiat? | - Ejaan yang betul ialah kesekian kali. Penggunaan ungkapan kesekian kali adalah bertujuan untuk menegaskan bahawa perkara yang sama diulang lagi. Ungkapan kesekian kali lazimnya digunakan dalam pertuturan atau penulisan kreatif.
- Frasa yang betul ialah buang tabiat.
| Istilah | 06.05.2026 |
| Ceraikan ayat majmuk kepada ayat tunggal. Azmi menjerit kesakitan apabila kulupnya dipotong. | Untuk kesekian kalinya jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas. | Lain-lain | 06.11.2015 |
| mana satu perkataan yang betul 1. Perbaringan atau pembaringan 2. dirinduinya atau dirindunya 3. kifarah atau kifarat 4. kesekian kali atau ke sekian kali 5. terenjut bahu atau terhenjut bahu | 1. Pembentukan kata yang betul ialah perbaringan, iaitu tempat berbaring. 2. Perkataan dirindunya dan dirinduinya ialah bentuk pasif bagi kata merindunya dan merinduinya, kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 16.01.2015 |