1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih. | 1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks. 2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..." 3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia. | Makna | 09.07.2009 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translation as below: The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort. BM translation: Rumusan dengan tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. Terima kasih! | Terjemahan yang sesuai bagi 'The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort' ialah Formula tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. | Makna | 22.01.2020 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tap | Kami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 26.04.2017 |