Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MANA SATU YANG BETUL. TAHAP PENCAPAIAN CALON KESELURUHAN ATAU TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON?TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALONTatabahasa13.03.2013
maksud keseluruhan penyataan ini "peranan pelajar prauniversitidalam menjayakan kempen pencemaran alam sekitar di sekolah"

Menurut pemahaman kami, yang dimaksudkan denan prauniversiti ialah pelajar sekolah yang difikirkan akan melanjutkan pelajaran di unversiti. Sila rujuk bahan yang berkaitan.

Makna11.04.2010
apa itu keutuhan wacana?Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Makna27.02.2007
Boleh saya tahu jumlah keseluruhan perkataan yang terdapat di dalm kamus dewan edisi 4?Sekitar 82,900 kata masukan Kamus Dewan dengan pecahannya, 34,578 entri, 24,180 subentri dan 24,142 frasa entri. Lihat halaman belakang sarung Kamus Dewan.Penyelidikan11.03.2014
berikan satu sinopsis bagi keseluruhan bab dalam novel Aku Anak Timur.

Saudara boleh merujuk buku ini :

1. Penghayatan novel aku anak timur oleh Mahaya Yassin terbitan DBP : 2001

Penghayatan novel aku anak timurMahaya Mohd. YassinDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2001

Lain-lain13.03.2008
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______.Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan  kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson)Lain-lain06.02.2008
Apakah yang dikatakan kosa?Kosa ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa; perbendaharaan kata.Makna23.02.2008
Apakah maksud health information dalam maksud umum atau keseluruhan?Untuk makluman, definisi "health information" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "health information" ialah maklumat kesihatan.Istilah07.05.2014
maksud kosa kataMakna kosa kata ialah keseluruhan kata dlm sesuatu bahasa, perbendaharaan kata.Makna21.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas