Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sem.bi.lan.sem.bi.lan] | کسمبيلن-سمبيلن

Definisi : semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sem.bi.lan.sem.bi.lan] | کسمبيلن-سمبيلن

Definisi : semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesembilan-sembilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan.Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan.Tatabahasa19.11.2016
ANGKA ATAU HURUF mohon kepastian daripada pihak DBP bagi penggunaan yang betul berdasarkan persoalan di bawah: 1. hari raya kelapan atau hari raya ke-8? 2. sembilan atau 9? 3. kesepuluh atau ke-10? 4. hari raya kesebelas atau hari raya ke-11? 5. hari raya pertama atau hari raya 1Penggunaan yang betul ialah hari raya pertama, hari raya kelapan, hari raya kesembilan, hari raya ke-10, hari raya ke-11.Ejaan07.07.2015

Kembali ke atas