betul ke ejaan kesemua... ada istilah kesemua... | ejaan kesemua betul. | Tatabahasa | 06.01.2011 |
Kesemua jalan susur keluar dari lebuhraya/jalan persekutuan/jalan negeri menggunakan perkataan Inggeris: "EXIT". Soalan saya: apakan terjemahan dalam bahasa Melayu? | Salam sejahtera, Padanan exit ialah susur keluar. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2019 |
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak. | Ayat berikut bukan ayat pasif; A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
| Tatabahasa | 17.10.2013 |
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas? | Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya: i. 1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan. 2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua. 4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya. 5. Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. 6. Bunga itu merah kesemua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035. i iv | Tatabahasa | 22.08.2023 |
apakah perbezaan 'kesemua' / 'semua' | Semua bermaksud "sekalian" dan "segala" dan semua juga membawa maksud "kesemua", iaitu "segenap", "setiap", "seluruh". Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati. | Makna | 10.08.2017 |
salam, bolehkah saudara @ saudari nyatakan ayat contoh untuk membezakan 'semua' dan 'kesemua'? Terima kasih. | Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
| Tatabahasa | 04.04.2013 |
Tuan, 1. Bolehkah digunakan perkataan "kesemua" dalam contoh ayat berikut dan komen tentang bandingan ayat-ayat berikut yang salah dari segi nahu. a). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. b). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua parlimen dalam negeri Kelantan c). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di semua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. Sekian ,terima kasih. | Ayat (C) lebih tepat dan gramatis | Tatabahasa | 25.10.2007 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan perkataan "semua" dan "kesemua". Sekian, terima kasih. Chee Kin | Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
| Makna | 02.06.2015 |
Adakah kesemua nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf besar ?( Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, dan lain-lain) | Nama mata pelajaran dieja dengan huruf besar kerana merupakan nama khas. | Ejaan | 29.05.2012 |
Pertama, adakah kesemua perkataan berikut merupakan kata kerja aktif transitif? 1. memperoleh 2. mengambil 3. merujuk 4. mendapatkan 5. memilih 6. mempunyai Kedua, apakah pola ayat bagi ayat berikut: 140 buah Universiti daripada 50 buah negara di dunia menawarkan pengajian Bahasa Melayu Terima kasih. | 1. Perkataan "memperoleh", "mengambil", "merujuk", "mendapatkan", "memilih" dan "mempunyai" ialah kata kerja aktif transitif. 2. Ayat yang betul ialah "Sebanyak 140 buah universiti daripada 50 buah negara di dunia menawarkan pengajian bahasa Melayu." - pola ayat FN + FK. "Sebanyak 140 buah universiti daripada 50 buah negara di dunia" (FN) dan "menawarkan pengajian bahasa Melayu" (FK). | Tatabahasa | 03.03.2022 |