Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.nya.pan] | کسڽڤن

Definisi : perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui definisi ayat keterangan serta ciri-ciri ayat keterangan.Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya boleh dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan , serta mengandungi intonasi yang sempurna. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bahan yang diperlukan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu bermula muka surat 492. Terima kasih.Lain-lain28.02.2007
saya Areed Bilsan sedang belajar bahasa melayu dasar di University Fatani Salatan Thai. saya ingin mengetahui tentang ayat dan maknanya dan menyatakan jenis-jenis ayat dengat teliti serta contoknya. Terimakasih.Ayat bermaksud unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Terdapat pelbagai jenis ayat. Akan tetapi, dalam ruangan yang terhad ini tidak mungkin dapat dinyatakan. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci.Tatabahasa11.11.2015
Definasi tatabahasa? Definasi ayat? Apakah binaan ayat? Apakah ayat majmuk? Ertinya -gabungan? pancangan? keterangan?

1. Definasi tatabahasa - Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

2. Definasi ayat? - Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 432.

3. Apakah binaan ayat tunggal? -  Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah ayat yang menerangkan subjek. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463.

4. Apakah ayat majmuk? - Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.

5. Ayat majmuk gabungan? - Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

6. Ayat majmuk pancangan? - Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504.

7. Ayat majmuk keterangan? - Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.

 

Tatabahasa28.05.2008
Assalamualaikum, Adakah menjadi kesalahan dari segi tatabahasa sekiranya dalam menulis tajuk kajian, pengkaji memulakan dengan kata kerja? Contoh tajuk: 1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga melalui kaedah SaSiSu 2. Meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid prasekolah melalui aktiviti perbualan pagi. Soalan ini dikemukakan kerana ada ahli bahasa menyatakan tajuk mesti bermula dengan kata nama untuk memenuhi konsep ayat tetapi saya berhujah bahawa tajuk kajian bukannya ayat tetapi frasa kerana: i. tiada subjek dan predikat ii. tidak didahului dan diakhiri dengan kesenyapan. iii. Intonasi ujarannya tidak sempurna. Tolong kemukakan justifikasi: 1. Adakah tajuk kajian berupa ayat atau frasa? 2. Adakah tajuk kajian mesti dimulai dengan kata nama? 3. Adakah tajuk kajian tidak boleh dimulai dengan kata kerja? Terima kasih.Penulisan kertas kerja sama seperti menulis tajuk buku. Walaupun binaan tajuk bukanlah dalam satu ayat yang lengkap, lazimnya penulisan tajuk ini menggunakan kata nama. Berdasarkan semakan kami dalam data Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ditemukan juga tajuk buku/kertas kerja/artikel bermula dengan kata kerja. Walau bagaimanapun terbitan DBP tekal mengguakan kata nama sebagai tajuk karya, kecuali karya kreatif.Tatabahasa09.11.2015
saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. 

 

 

Tatabahasa30.01.2011
Salam. 1. Namakan tokoh X dan Y ? 2.Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia? 3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia ? 4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X? .. Adalah kesemua ayat di atas perlu diletakkan tanda baca? Bagaimanakah membezakan ayat penyata dan ayat tanya? Mohon pencerahan. Terima kasihAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan manakala ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).  
Kesemua ayat tanya dibawah ini perlu diakhiri dengan tanda soal.
1. Namakan tokoh X dan Y?
2. Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X?
Tatabahasa23.09.2018
Penyata soalan " Apakah yang sedang dimain oleh abang dan adik lelak?" Adakah penyata soalan di atas betul dari segi tatabahasa dan sesuai untuk ditanya sebagai persoalan secara lisan? Terima kasihMenurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.

Untuk makluman, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Apakah yang sedang dilakukan oleh abang dan adik lelakinya itu?"
Tatabahasa05.10.2016
Bolehkah sekiranya saya menggunakan di mana pada penghujung ayat. Seperti Dahan pokok mangga itu jatuh di mana? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Abang kamu belajar di mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. 
Tatabahasa28.05.2020
Selamat sejahtera tuan. Mudah-mudahan tuan berbahagia setiap hari. Pinta jasa baik dan kudrat bahasa tuan dalam penyelesaian soal saya ini. Soal yang saya muatkan dalam WordPad ini terlalu ketara ditemui dan jika salah, perlu dipinda belum membudaya sehingga rumus yang betul disalahkan, rumus yang salah dibetulkan.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. Tatabahasa15.10.2016

Kembali ke atas