Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesepuluh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara ke-10 dengan kesepuluh,yang mana betul? Mulai dari nombor betapa tulis dalam bentuk ke-...

Penggunaan “ke-” dalam penomboran dimulai dengan  nombor ke-2 hingga yang seterusnya dan boleh juga ditulis sama ada dalam bentuk penomboran atau  dieja sepenuhnya, Contohnya, “kesepuluh”. Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP 2023) halaman 165.

Tatabahasa03.12.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ayat yang betul bagi:- "Izani memperoleh naib johan dalam acara lontar peluru sempena kejohanan sukan sekolah", "Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran kategori lelaki sekolah menengah". Dan apakah johan, naib johan dan tempat ketiga merupakan kata nama khas pada situasi berikut: Tempat ketiga Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Naib johan Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Johan acara pingpong kategori beregu (jika berada di tengah ayat)1. Ayat yang betul ialah “Izani mendapat naib johan dalam acara lontar peluru bersempena dengan kejohanan sukan sekolah.”
2. Ayat betul ialah “Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz al-Quran bagi kategori lelaki sekolah menengah.”
3. Perkataan naib johan dan tempat ketiga jika berada di tengah-tengah ayat perlu dieja dengan huruf kecil seperti dalam contoh ayat,  “Ahmad mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.”, “Abu mendapat naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.” dan “Ali menjadi johan dalam acara pingpong bagi kategori beregu.”.

Tatabahasa14.02.2023
ANGKA ATAU HURUF mohon kepastian daripada pihak DBP bagi penggunaan yang betul berdasarkan persoalan di bawah: 1. hari raya kelapan atau hari raya ke-8? 2. sembilan atau 9? 3. kesepuluh atau ke-10? 4. hari raya kesebelas atau hari raya ke-11? 5. hari raya pertama atau hari raya 1Penggunaan yang betul ialah hari raya pertama, hari raya kelapan, hari raya kesembilan, hari raya ke-10, hari raya ke-11.Ejaan07.07.2015
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih.Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja.
Tatabahasa28.10.2012
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasihDalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. Makna23.09.2011

Kembali ke atas