Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sia.ngan] | کسياڠن

Definisi : terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sia.ngan] | کسياڠن

Definisi : terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siang1 (kata nama)
1. Bersinonim dengan matahari terbit: cura, terang, fajar menyingsing,

2. Bersinonim dengan siang-siang: lebih awal, cepat, lekas,

Kata Terbitan : kesiangan,

Peribahasa

Burung hantu kesiangan.

Bermaksud :

Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.?

1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'.

2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'.

3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB

Tatabahasa27.01.2011

Kembali ke atas