Ayat yang manakah betul? 'Dalam suasana kesibukan kota, ' atau ' Dalam kesibukan suasana kota, ' atau apa-apa cadangan lain. | Ayat yang diberikan tidak lengkap. Sehubungan dengan itu, pihak kami tidak dapat memberikan cadangan yang tepat. Mohon tuan/puan memberikan ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat melihat kesesuaian dari segi konteks dan makna yang ingin disampaikan. | Lain-lain | 29.10.2018 |
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |
saya sangat berminat dalam bidang penulisan. Dulu pernah menyertai Persatuan Penulis NS (PEN) dibawah bimbingan Mahaya Mohd Yassin, Zaharuddin Pilus dan Arshad Rawian. Malang sekali, saya menyambung belajar dan menetap di tempat lain. Kesibukan belajar membataskan saya untuk meneruskan minat tersebut. Walau bagaimana pun, kini minat yang begitu mendalam itu datang kembali dan saya ingin terus berkecimpung dalam bidang penulisan. Bagaimanakah jika saya ingin terlibat dalam bengkel-bengkel penulisan dan sesuatu yang berkaitan dengan penulisan kreatif? Harap dapat [penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih.. | Untuk makluman saudara, bengkel penulisan kreatif ditangani oleh Bahagian Pengembangan Sastera (BPS). Setiap tahun, lazimnya BPS merancang mengadakan bengkel penulisan mengikut genre yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 2008, fokus BPs ialah pada penulisan cerpen; 2009, apresiasi puisi, dan tahun 2010, fokusnya ialah pada drama (kepada penulis yang telah menulis skrip/sedia ada skrip drama pentas). DBP akan mewujudkan satu Bahagian baharu, iaitu Bahagian Pembinaan Bakat, mulai (kemungkinan) pada Mei 2010. Oleh itu, saudara bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.04.2010 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |