apakah kesimpulan yang anda dapat buat? atau apakah kesimpulan yang dapat anda buat? yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah: Apakah kesimpulan yang anda dapat buat? | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat Atau Apakah kesimpulan yang dapat dibuat Yang mana yang tepat? | Menurut data kami, kedua-dua rangkai kata tersebut boleh digunakan. | Lain-lain | 22.08.2019 |
boleh menetukan kesalahan bahasa di bawah : 1 ) kesimpulan atau kesimpulannya 2 ) secara umumnya atau umumnya | Tiada yang salah tentang kedua-dua perkataan yang diberikan. Perkataan tersebut betul sekiranya merujuk kepada situasi dalam ayat. Contoh: Kesimpulan daripada cerita ini... atau kesimpulannya, pengajaran yang kita terima.... Begitu juga untuk perkataan nombor (2). | Makna | 12.11.2015 |
bagaimana cara penulisan jurnal? | Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah. Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan. | Lain-lain | 14.01.2009 |
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...? | Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 10.02.2009 |
perkataan lain yang seerti dengan kesimpulan | konklusi. | Tatabahasa | 26.08.2007 |
Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi. | Untuk makluman tuan, DBP tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak dan memberi jawapan kepada soalan peperiksaan sekolah. Kementerian Pendidikan mempunyai skema jawapan yang tersendiri. Oleh itu tuan sebaiknya berbincang tentang jawapan soalan peperiksaan dengan pihak yang mengeluarkan soalan. | Lain-lain | 16.02.2014 |
dalam penulisan karangan untuk sekolah, bolehkah digunakan perkataan yang yang di "si" atau "di" kan. contoh studi = belajar, kesimpulan= konklusi, tempoh= durasi, pengguna=konsumer dan lain. BM dah jadi bahasa Indonesia dan bahasa rojak. amat mengelirukan | Pengguna perlu menggunakan bahasa Melayu jika perkataan tersebut mempunyai terjemahan atau padanannya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.01.2020 |
macam mana nak mulakan karangan yang berbentuk fakta? | Setiap karangan format asasnya sama, iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Sila rujuk guru atau buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. | Lain-lain | 12.11.2009 |
Bolehkah perkataan 'konklusi' dalam karangan digunakan kerana dalam pertandingan pidato atau bahas, kita selalu dengar pelajar menggunakan perkataan 'konklusi'. | Konklusi tidak digunakan, yang betul ialah kesimpulan. | Istilah | 11.08.2008 |