Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.sot] | کيسوت

Definisi : (késot); berkesot, mengesot bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; mengesotkan mengalihkan (sesuatu) dgnmenyorong atau menariknya sedikit(-sedikit)atau perlahan-lahan, mengengsotkan, menggeserkan: ~ almari; terkesot-kesot bergerak dgn mengesot; ~ bagai anak tidak diakui prb kemalu-maluan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.sot] | کيسوت

Definisi : /késot/; berkesot bergerak atau beralih dgn menggeserkan punggung; berengsot. mengesot menggeserkan punggung ke lantai utk bergerak: Anaknya belum boleh berjalan, baru pandai ~. mengesotkan mengalih sesuatu perlahan-lahan dgn menyorong atau dgn menariknya; mengengsotkan. terkesot-kesot bergerak dgn mengesot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesot (kata kerja)
Bersinonim dengan engsot, anjak, alih, esak, beralih punggung;,
Kata Terbitan : mengesot,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012

Kembali ke atas