Bolehkah perkataan walhasil digunakan sebagai penanda wacana, menggantikan perkataan kesimpulannya? | Dalam penulisan umum, kami cadangkan tuan menggunakan perkataan lazim dan mudah difahami umum seperti kesimpulannya, akhirnya dan kesudahannya. | Tatabahasa | 01.09.2013 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"? | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 11.07.2007 |
Saya nak sentuh semula tentang "Akhir sekali" dan "Akhirnya". Ramai yang mengatakan bahawa "Akhirnya" digunakan dalam format cerita. Apa pendapat pihak tuan? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'akhirnya' bermaksud kesudahannya yang lazimnya digunakan dalam cerita. | Tatabahasa | 26.02.2007 |
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasih | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 24.05.2010 |
Selamat pagi, Frasa “belakangan ini” dan “kebelakangan ini” sama kegunaannya? Adakah kedua-dua frasa ini betul? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Lain-lain | 25.05.2010 |
sejak kebalakangan ini dan sejak belakangan ini-kedua-duanya betul ke? atau hanya kebelakangan ini/belakangan ini sudah memadai? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Lain-lain | 24.05.2010 |
kebelakangan atau belakangan ? | Kedua-dua kata tersebut ada mempunyai makna yang sama, selain maksud yang alain. 1. Belakangan ini = pada waktu yang akhir-akhir ini; baru-baru ini: Belakangan ini, banyak anak Melayu yang berminat untuk berniaga. 2. kesudahannya; akhirnya: Belakangan, dia mengaku bahawa dialah yang mengambil buku itu dari perpustakaan. Kebelakangan ialah sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini. Contoh ayat : Pergolakan di Timur Tengah kebelakangan ini berlaku sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya. | Makna | 16.09.2010 |
frasa sejak akhir-akhir ini betul ke? sejak kebelakangan ini dan sejak belakangan ini boleh ke digunakan? | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa tersebut betul. Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
apakah maksud darulfana dan asmaradana? bolehkah kedua-duanya digunakan dalam bm? apakah perbezaan antara kebelakangan ini dan belakangan ini? | Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan. Kebelakangan dan belakangan mempunyai maksud yang sama, iaitu kemudian itu, akhir-akhir ini, kesudahannya, akhirnya, atau (lebih) belakang. | Makna | 23.07.2008 |
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq | Saudara, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi. | Tatabahasa | 21.07.2010 |