"Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. Adakah baginda atau tuanku? | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. | Tatabahasa | 22.08.2014 |
"Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. | Tatabahasa | 22.08.2014 |
mohon semak Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Dengan Setulus Ikhlas daripada, Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja. | Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ... (masukkan nama perasmi) merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Setulus Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja TNB. | Lain-lain | 02.01.2020 |
Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kepastian: (1) 'Kedua-dua individu mempunyai trait genetik yang berlainan' ATAU 'kedua-dua orang individu mempunyai trait genetik yang berlainan' (2) kedua-dua kata tersebut... ATAU kedua-dua patah kata tersebut... | Ayat yang gramatis ialah "kedua-dua orang individu mempunyai ciri/trait genetik yang berlainan". | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Dalam satu majlis yang melibatkan sultan atau istana. saya mendengar pengacara majlis menyebut ' kesudian tuanku bercemar duli ke majlis ni' Soalannya, manakah yang betul bercemar duli atau mencemar duli dalam konteks ayat di atas? | Bercemar duli banyak digunakan dalam teks sastera lama yang sama maknanya dengan mencemar duli, iaitu sudi datang (perginya) - digunakan pada sultan atau raja. Kedua-dua frasa tersebut betul dan yang lazim digunakan kini ialah mencemar duli. | Tatabahasa | 14.05.2010 |
Assalamualaikum wbt , Boleh kah penggunaan kata " atas " diterima spt dlm ayat berikut ? Atas keprihatinan dan kesudian tuan/puan .......... | Wassalam tuan/puan, penggunaan atas kerjasama, atas prihatin dan lain-lain boleh digunakan. Frasa yang tidak betul ialah "di atas" kerjasama atau padanan yang lain. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Mohon penjelasan yang manakah ayat yang betul dan yang manakah ayat yang salah? I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah. II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin. III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya. IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi. | Salam sejahtera, Soalan 1, di atas tukar kepada atas. Soalan 2, betul. Soalan 3, betul. Soalan 4, betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.03.2020 |
Salam dan selamat sejahtera, Saya ingin tahu ketepatan penggunaan ialah/adalah dalam ayat yang diberi seperti berikut: Diameter bulatan A adalah/ialah 3 kali diameter bulatan B. Sekian, terima kasih atas kesudian memberikan bantuan. | Ayat yang betul ialah "Diameter bulatan ialah 3 kali diameter bulatan B. | Tatabahasa | 04.04.2018 |
selamat sejahtera. Saya ingin meminta nasihat daripada pihak tuan tentang bentuk dan golongan kata ini. Saya harap pihak tuan dapat memberikan pembetulan serta ulasan tentang bentuk dan golongan kata ini. Terima kasih di atas kesudian pihak tuan membantu saya. | Terdapat beberapa pembetulan: 1. Sebak = kata kerja 2. Cuma = kata tugas 3. Senyum = kata tunggal 4. Tawa = kata kerja 5. Kekasih = kata ganda 6. Inginkan = kata kerja 7. Temui = kata kerja 8. Sengaja = kata kerja 9. Pada = kata tugas | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Adakah DBP tahu etimologi 'ilhak'? Kata terbitannya 'mengilhakkan' dan 'pengilhakan'. | Salam sejahtera, Mohon maaf, pihak DBP tidak mempunyai maklumat etimologi kata ilhak. Data lengkap tentang etimologi setiap entri tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Walaubagaimanapun, pihak DBP mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak tuan kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.
| Lain-lain | 28.07.2020 |