Penggunaan perkataan yang manakah yang betul bagi kata dasar aktiviti berkaitan sukarelawan? Kesukarelawanan atau kesukarelaan? Contoh ayat adalah "Surat Pelawaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan/Kesukarelaan bagi Program..." Terima kasih atas pencerahan. | Cadangan penggunaan yang betul ialah Surat Pelawaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan Program xxxx. | Tatabahasa | 10.09.2019 |
Mohon dibuat pembetulan (jika ada) bagi tajuk ini:- "SEMINAR SKUAD 1MALAYSIA - MEMBUDAYAKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN" kerana saya tidak pasti tentang istilah Kesukarelawanan @ Kesukarelaan. | Perkataan yang betul ialah kesukarelaan, bermaksud sifat sukarela. | Tatabahasa | 22.11.2011 |
Bolehkah perkataan "sebab perdana" digunakan utk merujuk "sebab utama" kerana saya sering melihat frasa ini digunakan oleh guru ketika mengajar esei. Cth ayatnya ialah "Sebab perdana belia perlu melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan ialah aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi belia. | Frasa "sebab perdana" boleh digunakan untuk merujuk "sebab utama". | Tatabahasa | 14.06.2023 |
Apakah perbezaaan perkataan sukarela dan kesukarelawan? | Mengikut Kamus Dewan Perdana, maksud sukarela ialah dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa atau dibayar. Tiada perkataan kesukarelawan seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir, iaitu kesukarelawanan yang bermaksud segala hal (sifat, kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan sukarelawan. Contoh Ayat: 1. Liew menjadi jurulatih secara sukarela. 2. Semangat kesukarelawanan sudah mendarah daging dalam dirinya. | Makna | 12.01.2023 |