"Kesunyian beliau pada zaman tua bukan sahaja berpunca daripada/dari hidup berseorangan, tetapi juga..." Apakah kata sendi yang sesuai dalam konteks ini? Terima kasih. | Kata sendi yang betul ialah "daripada". | Tatabahasa | 05.03.2007 |
Orang yang tidak tahan hidup kesunyian tidak akan mampu hidup berseorangan dalam tempoh _____. lama atau panjang lebih sesuai ? | Orang yang tidak tahan hidup kesunyian tidak akan mampu hidup berseorangan dalam tempoh lama. | Tatabahasa | 25.07.2014 |
Salakan anjing yang kedengaran itu. apakah kesalahan ayat ini? terima kasih. | Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mempunyai predikat. Contoh ayat yang lengkap ialah "Salakan anjing yang kedengaran itu memecah kesunyian malam." | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Saya mabuk pada malam itu 2. Apa patut saya lakukan? 3. Ayat ini kedua-duanya salah 4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita! 5. Berikan saya masa 6. Saya memerlukan rehat 7. Saya benci akan dia 8. Saya sangat kesunyian 9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa. 10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. | Tatabahasa | 30.08.2017 |
Salam sejahtera. Bagaimanakan kita hendak membezakan penggunaan "berseorangan" & "keseorangan"? Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh ayat yang mudah difahami? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berseorangan bermaksud berseorang, dengan cara seorang-seorang; dan seorang diri. Keseorangan pula bermaksud terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian. Contoh ayat: Soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi berseorangan. Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa keseorangan. | Makna | 14.02.2020 |